Kawal Kebisingan Kelas Dengan Noise Meter - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 28 April 2019

Kawal Kebisingan Kelas Dengan Noise Meter


Assalamualaikum.

Korang pernah dengar pasal 'Noise Meter'? Okay, untuk yang tak pernah dengar, noise meter ni adalah aplikasi yang boleh merakam dan menentukan tahap kebisingan dalam kelas. So, let say kalau kelas korang bising sangat, apps ni akan keluarkan signal untuk memberitahu tahap kebisingan dan anda boleh set untuk bunyikan alarm / loceng bagi menandakan yang kelas dah capai tahap kebisingan yang maksimum! 

Apa yang menarik tentang kedua-dua apps ni?

1. Cool! Grafik yang comel dan interaktif. Menarik minat murid-murid.

2. It's FREE! Yay! Haha...

3. Tidak memerlukan sebarang pendaftaran akaun. Boleh terus guna jer terus.... Hehe

4. Mudah untuk digunakan. 

5. Boleh guna kat telefon, tak semestinya kat laptop...

Dua apps Noise Meter yang nak saya perkenalkan adalah Bouncyballs dan Classcraft Volume Meter. Rujuk paparan di bawah untuk setting penggunaan.









Kelemahan apps?

Bouncyballs sangat attractive di mana anda boleh setting theme. Ada 4 themes yang menarik. Eyeball, plastic, emoji & bubbles. So, oleh kerana ianya tersangat attractive, kerana bebola-bebola tu akan melompat-lompat tanpa henti apabila mendengar bunyi (via mic pada laptop anda), berkemungkinan boleh membuatkan murid-murid korang overjoy macam murid-murid saya... Hahahah... Over excited tengok screen. Ralit.. 

Tapi pada saya, sekali sekala guna apps ni dalam kelas, okay jer... Selain memberi kelainan, benda ni juga boleh bantu murid-murid kita sedar betapa bisingnya mereka kat dalam kelas

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat! Bye, gais! 😉

Nota kaki: Being taken for granted is an unpleasant but sincere form of praise. Ironically, the more reliable you are and the less you complain, the more likely you are to be taken for granted. 

No comments:

Post a Comment