Template Headcount Sekolah Menengah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 4 April 2019

Template Headcount Sekolah Menengah


Hai semua!

Assalamualaikum... Dah habis semak kertas exam ke tuuu? Hahaha... Alhamdulillah, saya dah selesai menanda dan settle serah semula kertas exam kepada murid. Walaupun keputusan tak begitu memberangsangkan kali ni, takpe, kita redha je... Ada masa lagi untuk pulun... InsyaAllah... :)

Sistem Ala SAPS, auto generate

Ada seorang sahabat saya ni memang sangat hebat bab mengurus data menggunakan sistem yang dibuat sendiri. Dia memang pandai bab formula excel/Google Sheets ni... Jadi, baru-baru ni dia ada offer kat kawan-kawan tapak Headcount Sekolah Menengah yang dia cipta sendiri. See! Hebat kan! Sistem ala SAPS weihh... Dia buat guna Google Sheets... Kita key in je, semua auto generate... Complete dengan graf bewarna warni untuk setiap mata pelajaran, rumusan TOV, analisis, slip headcount murid secara individu dll. Fuhhh! Saya memang tak mampu ler nak buat macam yang dia buat ni. Saya tak begitu pandai bab formula-formula ni... Huhu... Korang boleh rujuk gambar screenshot kat bawah ni... Gambar perkongsian kat FB dia... 







Orang berbudi, kita berbahasa

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tapak headcount yang diciptakan khas oleh sahabat saya ni, Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin dari SMK Indahpura (1), Kulai, Johor, silakan click kat link di bawah ni nanti ya... Oleh kerana nak hasilkan tapak ni memang agak rumit, saya ada minta Cikgu Ariff berikan nombor akaun dia. Nak belanja dia makan, tapi jauh kottt... Saya kat Ipoh, dia kat Johor... So kita tranfer masuk akaun je la... Senang! Hehe... Dia memang niat nak sedekah jer tapak ni tapi... apa salahnya kita gembirakan kawan-kawan kann... Sekali sekala! Kalau ada readers yang nak belanja dia untuk menghargai kerjabuat dia ni, jom kita 'payung' dia makan... Orang berbudi kita berbahasa... Gitewww... Hahahaaa... Takde paksaan ye! Sapa nak belanja, silakan... Tak nak, takpe... 😊

No akaun Cikgu Mohd. Ariff Bin Badaruddin : AMBANK ( 3600 2007 5956 )

Cara Nak Menggunakan Template Headcount 

1. Copy file yang Cikgu Ariff kongsikan.

2. Tukar semua lencana sekolah.

3. Rename File Sheets tu... 

4. Mula key in nama guru yang mengajar. Satu file untuk satu kelas... So, kalau sekolah korang ada

   10 kelas, maknanya korang kena ada 10 tapak... 

5. Masukkan nama dan maklumat murid kat Sheets TOV, Isi markah dalam Sheets AR1-AR4, Isi
    ETR Sheets TOV-ETR

6. Share link dengan guru-guru yang mengajar di kelas tersebut untuk mereka isi markah...

7. Setelah selesai key in markah, semua data akan siap tersedia! Auto generate katanya...

Template Headcount Sekolah Menengah Rendah 


Template Headcount Sekolah Menengah Atas 


Template Headcount Sekolah Rendah is in progress

Saya nak tunggu tapak headcount untuk sekolah rendah siap! Tassabarrrr rasanya... Hahaha... Sebenarnya saya ni takde kaitan pun dengan segala sistem pemarkahan ni. Saya bukan SU Peperiksaan. Tapi... saya ni jenis suka explore. Jenis suka belajar dengan benda yang dah siap... Huhuhu... Nanti nak 'bedah' sistem dia, sambil tu la nanti saya akan belajar... Veryyy Dora The Explorer kannnn... Hahahaha... 

Okay la, semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain, hokayy! 

Nota kaki : In the world where you can be anything, BE KIND! 😍

No comments:

Post a Comment