Contoh Projek & Aktiviti Mudah Sains - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 19 May 2019

Contoh Projek & Aktiviti Mudah Sains


Hi gais! Selamat berpuasa... Beberapa hari ni mata saya asyik terpandang projek Sains je... Kat FB, kat kelas, kat rumah... Haha... Macam-macam projek yang bagi saya agak simple dan mudah untuk murid-murid buat. Memang tak dinafikan, murid akan lebih faham jika dia buat sendiri segala projek tu tak kiralah dalam kumpulan ke atau secara individu. Disamping mengasah bakat dan kreativiti murid, projek-projek ni juga merupakan eviden kepada cikgu-cikgu bahawasanya anda telah menjalankan aktiviti yang super duper awesome! Giteww... 😉


Hari tu masa relief kelas, saya ternampak projek ni... WOW sangat! Walaupun saya tak mengajar Sains, tapi saya suka tengok kreativiti cikgu-cikgu mengajar dan mungkin ada yang saya boleh 'tiru' untuk apply dalam kelas BI saya nanti... Hehe... Saya juga sangat sukakan simplicity dalam menghasilkan sesuatu. Once in a while nak buat something yang complex, takde masalah... Cuma saya memang suka yang simple dan mudah nak dibuat... Jadi, murid pun akan rasa mudah dan tak terbeban... Dan apabila mereka berjaya menghasilkan sesuatu projek dengan hasil usaha mereka sendiri, saya yakin, murid akan lebih berkeyakinan, rasa diri mereka hebat dan juga mereka akan dapat memahami dengan lebih baik tentang tajuk yang diajar. 

Ni antara projek yang dibuat oleh murid-murid sekolah saya, SK Rapat Jaya, Ipoh... Dibawah pimpinan Cikgu Siti Marwiyamah Binti Marwing. Tahniah, Kak Mar! Hebat! 👏👏 Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar-gambar untuk dimasukkan ke blog ni. Alhamdulillah... 

T-shirt, poster colour, marker pen untuk melabel... 

Projek untuk tajuk terang-gelap



Ni projek Parachute dan Sasaran


Projek Membina Model Peparu.


Projek Mikroorganisma bernafas
Yang ini projek terrarium... Saya pernah kongsikan dalam post saya yang terdahulu pada tahun 2016. Boleh baca kat link ni... PROJEK SAINS AKUARIUM KOMBO TERARIUM 


Next, ni pun bagi saya projek yang simple dan mudah nak dijalankan kat dalam kelas... Budak-budak pun excited dan suka sangat bila tengok benih yang mereka tanam, dah tumbuh... Ni projek Lily. Hari-hari dia sibuk pegi tengok pasu dia ni, siram air... 😁 Terima kasih, Cikgu Gowri, SK Raja Perempuan Ipoh... 


Yang ni pula projek untuk tajuk gigi dan piramid makanan. Dikongsikan oleh Cikgu Norhanim Binti Zainudin dari SK 2 Sultan Alam Shah, Petaling Jaya... Benda-benda macam ni memang budak-budak suka... Main dengan clay, mewarna, menggunting, tampal-tampal... Awesome, cikgu! Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar... 😊





Keberkesanan PdP

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik & mudah nak dibuat bersama murid kat dalam kelas... Apa pun, merancang aktiviti biarlah bertepatan dengan objektif dan yang paling penting, biarlah bersesuaian dengan kemampuan murid-murid kita... Tak kisah aktiviti simple ke complicated ke, fokus utama adalah keberkesanan PdP kepada murid-murid. Ni antara pesanan PPD Kinta Utara, Tn. Hj. Hasni Bin Hasshim semasa lawatan beliau ke sekolah kami 2 minggu yang lalu. K.E.B.E.R.K.E.S.A.N.A.N. 😄 

Keep it simple sudahhh, takyah nak complicated sangat... Serabut makk! Hahaha... Nanti bukan budak je pening, dengan cikgu pun kemurungan sebab objektif tak tercapai... LOL! 😜

Sains Sekolah Menengah

Untuk Sains sekolah Menengah, saya rasa ramai yang dah kenal dengan Cikgu Hailmi kan... Video-video kat Youtube mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan idea. Ni antara contoh video yang beliau kongsikan... Boleh subscribe kat Channel Youtube Cikgu Hailmi. Cikgu sekolah rendah pun boleh je tengok... Ada je aktiviti yang boleh apply untuk subjek lain. Contohnya macam Flipped Notes ni...

Flipped Notes Kelas Makanan


Simulasi derma dan terima darah


Keadaan Cahaya Mempengaruhi Pertumbuhan Microorganisma


Akhir sekali, kalau ada yang nak cuba menggunakan teknologi AR (augmented reality) dalam PdP Sains untuk tajuk Planet, boleh download bahan & lihat cara menggunakan apps PLANET 4D kat link ni... APLIKASI PLANET 4D PERCUMA Try la download, best jugak benda ni... Serius!


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat! Assalamualaikum... :)

Nota kaki : The ability to simplify means to eliminate the unnecessary so that the necessary may speak. - Hans Hofmann 

No comments:

Post a Comment