Frog VLE : Out Of The Box - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 1 May 2019

Frog VLE : Out Of The Box


Salam!

Hi gais! Apa khabar? Selamat menyambut Hari Pekerja... Hari ni saya nak kongsikan sedikit idea bagaimana untuk menjadikan dashboard sekolah anda menarik dan boleh menarik pengunjung yang terdiri daripada murid-murid dan guru sekolah anda untuk mendapatkan maklumat di samping dapat beraktiviti menimba ilmu bersama rakan-rakan di sekolah. 

Berikut adalah antara yang anda boleh wujudkan di laman web / dashboard sekolah anda. Ni sekadar cadangan sahaja ya... Cadangan aktiviti yang boleh dibuat menggunakan FrogVLE. Kalau nak diikutkan, ada banyak lagi 'benda' yang boleh diletakkan web/dashboard sekolah tu. Tujuan meletakkan perkara-perkara yang disebutkan di bawah ni adalah untuk memudahkan guru-guru dan murid-murid mengakses ke laman-laman tertentu. Tak payahlah mereka nak hafal link. Boleh masuk via Frog jer... Kedua, adalah untuk menyokong sesuatu program seperti Program HIP, Program Permata Pintar dan Program NILAM misalnya. 

Teacher's One Stop Centre juga pada saya memang memudahkan di mana semua dokumen berkaitan sekolah terkumpul di situ. Contohnya segala borang yang berkaitan dengan sekolah, borang RO1, RO2, borang kebenaran waris dll boleh diletakkan di situ bagi memudahkan guru-guru untuk memuat turun dan menggunakannya. 

Laman Khas Untuk Guru

Pembelajaran Kendiri 
 Program HIP 


Laman Sosial Untuk Murid



Program NILAM



Pelbagai Aktiviti Lain


Selain itu, boleh juga wujudkan ruangan/site 'Wall of Fame' untuk letak gambar-gambar acara di sekolah... Budak-budak memang suka tengok gambar! Ni antara benda-benda creative yang boleh kita buat untuk menghidupkan Frog di sekolah selain guna Frog untuk PdP. Cubalah buat, kalau tak semua pun, at least buat 1-2 pun dah memadai. Nak bagi murid-murid kita seronok guna Frog selain guna untuk belajar, jawab soalan, main game kat Frogplay... 


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat bercuti semua! Assalamualaikum...  :)

Nota kaki : When you start seeing your worth, you'll find it harder to stay around people who don't.

No comments:

Post a Comment