Melukis dengan teknologi AR - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 7 May 2019

Melukis dengan teknologi AR


Assalamualaikum semua! Haiii...

Korang suka melukis tak? Saya terjumpa satu apps yang menarik yang menggunakan teknologi augmented reality dimana anda boleh melukis di 'mana-mana' permukaan waimah kat muka kawan korang pun bolehhh... Hahahahha... Buat hilang bosan dalam bulan Ramadhan ni... 😂 Selain itu apps ni membolehkan korang melukis dengan partner (pairing) dengan syarat dua-dua telefon menggunakan apps yang sama & connected via apps tersebut. Apps ni merupakan salah satu apps yang dibangunkan oleh Google... Patutlah best! Hehe...

Cara Menggunakan Aplikasi Justaline

1. Download Apps

Boleh download apps tersebut di telefon bimbit. Untuk download, sila klik link di bawah. 



2. Buka Apps di telefon bimbit.

3. Gerakkan telefon, boleh mula melukis.

4. Lukisan kekal kat tempat yang korang lukis tu selagi korang tak tutup apps tersebut. 

5. Kalau nak tengok balik lukisan tu, gerakkan semula telefon ke tempat mula-mula korang lukis tu. 

6. Boleh 'pair' dengan kawan untuk lukis bersama-sama.

Rujuk video di bawah ni... Memang ohsem! 


Boleh rujuk laman web ni juga ya... https://justaline.withgoogle.com/  Siap main tic tac toe lagi... Haha! Best...

Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat!

Nota kaki : Respect people's feeling. Even if it doesn't mean anything to you, it could mean everything to them.

No comments:

Post a Comment