Pendapat Saya Tentang 'Why Good Employees Leave' - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 12 May 2019

Pendapat Saya Tentang 'Why Good Employees Leave'


Halluuu gais!

Pernah nampak tak post ni lalu kat wall korang? Tulisan Norizan Sharif (Nobisha) tentang WHY GOOD EMPLOYEES LEAVE. I don't know him personally. Cuma bila tulisan dia viral, saya terasa macam nak mengupas & mengulas sedikit apa yang ditulis. Hehe... Kupasan yang dibuat bukan hanya dalam skop di tempat kerja, tapi saya cuba relate kan dalam komuniti, persatuan, team dll.

WARNING: This is just my point of view. Mungkin boleh jadi panduan kepada saya if one day saya jadi boss nanti! 🙊 




Apa yang beliau tulis is so damn true. Kenyataan yang pahit tapi itulah hakikatnya. Many of the good workers choose to leave atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan. Betul dan bagi saya penulisan yang sangat jujur! Tak dapat nak disangkal lagi... Cuma benda ni mungkin orang tak berani nak tulis. Takut kena kecam! Hahahha... Selagi bekerja dengan namanya manusia, inilah yang akan berlaku. Manusia kan ada perasaan, perasaan ni, diri sendiri yang control... So, don't lose yourself... Kontrol diri. Kalau kerja dengan mesin, senang... kita boleh setting siap-siap! Takde nak sentap-sentap... Kann... Haha. 



Bila ternampak tulisan tu tular di laman sosial, saya rasa ianya umpama "alarm" kepada boss-boss diluar sana untuk cuba elakkan apa yang dinyatakan untuk terus berlaku lagi. Cuba hentikan kerana anda hanya akan merosakkan dan merugikan organisasi anda. Bertindaklah secara professional. Kalau tak tahu, belajarlah... Benda boleh ubah...



Saya tak kata semua boss tak bagus. Ada yang sangat-sangat bagus. Sangat prihatin. Sangat-sangat menjaga kebajikan. Tapi masih ada juga segelintir yang masih mengamalkan budaya mentaliti kelas ketiga ni. Kena ubah! Serius... 



Pada saya perkara yang dinyatakan TAK AKAN berlaku kalau:-

1. Berintegriti.

2. Ingat yang kita ni masih bertuhan dalam apa jua tindakan.

3. Ingat yang kita akan disoal di akhirat kelak.

4. Tidak mencampurkan urusan peribadi dengan urusan professional. Tak perlu suka kat orang tu, tapi kalau tak suka sekali pun, just be neutral... sebab anda ketua. Pemimpin kena professional. Barulah layak dijadikan tauladan.

5. Boleh meraikan perbezaan pendapat dengan hati terbuka. Dalam organisasi memang perlu ada 'penyokong' & 'pembangkang'. Kena dengar juga cakap yang membangkang, barangkali apa yang dia cakap, ada benarnya. Bukanlah nak dengar 100% tapi perlu ditimbang tara. Bukan semua pembangkang, saja-saja nak membangkang... Ada sebab mengapa dia bercakap. Dengar dulu. Bincangkan. Justify. Selepas itu barulah diputuskan.

6. Menerima kelebihan seseorang dengan hati terbuka, tanpa ada perasaan 'insecure' what so ever. Allah anugerahkan kelebihan kepada seseorang ada sebabnya. Jadi, tak perlu rasa iri hati, rasa rendah diri ke apa ke. Terima dan hargai kelebihan dia. Setiap orang ada kelebihan & kekurangan masing-masing. Kita tak tahu Allah dah uji dia banyak mana sampaikan Allah beri kelebihan-kelebihan tu kepada dia. Don't judge.

7. Tahu fungsi 'leader' sebagai penggerak, bukan sebagai 'tukang arah'. Walaupun gaji, boss yang bayar, markah, boss yang beri... Yes, itu memang hak ekslusif boss. Tapi... kena selalu ingat, kalau takde pekerja, siapa yang nak buat kerja? Adakah bisnes / hala tuju organisasi anda akan tercapai andai kata mereka ni takde? Kunci untuk menjawab persoalan ni adalah JANGAN EGO. 

8. Boleh membezakan yang mana baik & yang mana buruk.

9. Tidak menyokong budaya ampu mengampu. Memang tak dinafikan manusia suka dipuji. Itu fitrah. Tapi puji biarlah bertempat. Jika ada kejujuran dan keikhlasan dalam hati, tak akan berlaku benda macam ni. Amalkan sikap jujur untuk dicontohi oleh orang bawah juga. Pujian & teguran haruslah kena pada tempatnya.

10. Menggunakan pelbagai senses dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Bukan hanya guna telinga je... Tapi guna mata, kata hati (six sense), dll. Ada yang suka guna telinga je, bagi saya jenis macam ni, adalah jenis yang mudah dipengaruhi. Ketua yang bagus haruslah neutral, tidak bias dan tidak mudah dipengaruhi kerana ini semua akan menjurus kepada sikap judgemental di mana kita judge tanpa mengetahui hal sebenar. Dalam kata lain, senang diperdaya dengan kata-kata manis. 


11. Mengamalkan sikap telus dan professional. Rasanya semua tempat kerja, organisasi / persatuan ada SOP. Follow jer... Ikut prosedur. Jangan ikut perasaan.

12. Amalkan sistem demokrasi. Ada juga yang ego melangit, semua kena angguk je, yang beri pendapat dianggap pembangkang... Di cop kaki melawan! Rujuk point nombor 5.


13. Tu belum masuk lagi yang jenis guna kuasa. Ugut-mengugut... Yelah, boss kan.. anytime boleh tolak gaji, boleh potong gaji, boleh lucut jawatan, boleh bagi markah rendah... boleh buat apa sahaja... sebab anda boss! Tapi ingat, jangan sampai tindakan melulu kita membawa kepada kerugian kepada organisasi. Jangan sampai berlakunya kes aniaya. Doa orang yang teraniaya makbul. Nauzubillah... 



14. Treat people equally tanpa memikirkan soal siapa bapanya, siapa kenalannya, dia ada harta banyak mana, ilmunya tinggi mana, pangkatnya apa. Sama rata! Hormat semua orang tak kira dia dato' ke datin ke orang biasa ke. Kau dah kenapa nak discriminate orang? Perasan tak, social status dah jadi penting sekarang ni. So, tak terkejutlah bila ramai yang bankrup di usia muda. Terpaksa tunjuk hebat tunjuk kaya. Sebab memang ada segelintir employer yang pandang rendah kat orang bawah yang kononnya di mata mereka, this people 'tak ada apa apa'. Tolong buka mata dan minda, walau mereka tak kaya, kadang-kadang ilmu yang mereka ada melebihi dari harta yang ada. Komitmen yang mereka beri di tempat kerja jauh lebih banyak dari komitmen mereka dengan keluarga sendiri. Mungkin dia tak hebat di mata anda, tapi di mata orang lain, di mata Allah, kita tak tahu. Jangan sampai rasa malu sendiri bila kita dah pandang rendah and one day kita dapat tahu yang dia bukan seperti apa yang kita fikirkan. Malu je nanti... 



15. Sokong segala kebaikkan & tak perlu 'caras' kerja orang bawah untuk menampakkan buruknya dia dimata orang lain. Kena sedar... Action speak louder than words. Kalau dia memang jenis buat kerja, dicaras macam mana sekali pun, orang memang tahu dia jenis buat kerja. Mungkin la akan ada orang akan percaya pada mulanya, tapi bila tersedar segala contribution yang telah dibuat oleh individu tersebut, pasti, sikap sebenar anda akan terserlah. Nampak sangat memang jenis suka nak menjatuhkan orang. Orang cerdik akan judge melalui apa yang mereka nampak bukan apa yang mereka dengar sahaja.



16. Elakkan cakap belakang, berdepanlah kalau ada sebarang masalah. Berdepan bukan bermaksud buat hentaman dikhalayak ramai. Tapi panggillah, berjumpa berdua bertiga in small group. Selesaikan masalah dengan baik. Tak perlu canang sana sini. Burukkan orang tu. Memang orang lain akan dengar cakap anda sebab anda boss. Yang dengar tu pun kebanyakkan mereka boleh menilai yang mana baik yang mana buruk. Unless kalau yang jenis FAKE, memang dia akan agree je dengan apa yang anda cakap walaupun benda tu tak betul. Please la... Kau hormat orang, orang akan hormat kau. Simple!

17. What is right is right. What is wrong is wrong! Peganglah pada kata-kata ni... Susah nak puaskan hati semua orang bawah. Tapi kalau anda berpegang kepada prinsip ni, for sure anda dapat elakkan sikap bias dan anda akan dapat bertindak dan membuat keputusan yang benar, adil dan saksama. Rujuk point pertama! Kalau anda sendiri menutupi kesalahan orang lain atas sebab-sebab tertentu, itu bermakna anda belum lagi memiliki sifat integriti. Kena check balik... 

18. Touch people's heart. Bila dah sentuh hati orang bawah, susah mereka nak buat hal. Orang akan rasa segan... Biar orang segan dengan kita, bukan takutkan kita. Takut dan segan adalah dua perkara yang berbeza. Takut adalah apabila di depan boss, orang bawah akan berpura-pura hormat, tapi di belakang mengutuk, menyampah... Segan adalah apabila mereka rasa hormat dan sentiasa patuh dengan arahan tanpa dipaksa-paksa. Takut boleh dibuat-buat tapi segan adalah suatu feeling yang naturally comes from their inner side. 

19. Hargai kerjabuat orang lain. Percayalah, a person who feels appreciated will do more than what is expected. Hargai bukan dengan beri pujian je, ada banyak lagi cara nak menghargai orang. Yang penting setiap penghargaan tu adalah tulus ikhlas, bukan fake semata-mata.

20. Be wise. Be wise dalam menetapkan hala tuju organisasi. Be wise dalam menggunakan sumber manusia. Be wise dalam membuat penetapan peraturan. Be wise dalam semua benda.

21. Belajar memahami dan bertolak ansur. Anda kenal siapa orang bawah anda. Anda tahu mereka bekerja bagaimana. Pandai-pandailah...



22. Akhir sekali, mulut kena jaga. Kerana mulut badan binasa. Kerana mulut, orang boleh menilai kita ni bagaimana. Kerana mulut, ada hati yang terluka. Kena mulut, orang yang berbaik, boleh bermasam mula. Berhati-hatilah dalam memilih perkataan. Sebab anda boss. Orang bawah boleh terkesan dengan kata-kata boss... Kurangkan emosi, banyakkan ikut SOP. Giteww... Hahha... 😂



Nak ambil semua mungkin payah... Slowly improve la satu-satu... Yang mana terkurang, terlebih... Tengok balik. Nak jadi boss atau orang bawah yang perfect, mulia, disayangi, disenangi, terbaik... memang payah... Tapi tidak mustahil. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri baik boss baik kuli... Be good even if you don't receive good. Not for the sake of others but because Allah loves those who do good. 

Bagi yang pernah merasa situasi seperti yang dinyatakan, sila bersabar. Chill saja! Tuhan itu adil. 😊

Nota kaki : I will not let anyone walk through my mind with their dirty feet. - Mahatma Gandhi

4 comments:

  1. Many people don't leave their jobs. They are leaving their bosses.

    ReplyDelete
  2. On the off chance that you ask your representatives, what amount of possession do you figure they would pronounce to having in their work and its outcomes? Do you put your emphasis on what you are attempting to accomplish, and leave as a great part of the "how" to the group as could be allowed?
    Six Sigma

    ReplyDelete
  3. Bersuara pun tak pernah didengari..bila meluahkan di.marah...bila sakit disalahkan.diasingkan mcm buat salah.diam pun kena.dah buat yg terbaik ttp salah..kalau yg ade msalah setakat ckp..sbb bini masing2 keje bahagian profesional..saya orang kampung.ckp depan2 bos pn x dilayan.bila org lain bos ok aje dgr...penyelia pn pilih bulu.ape.leh buat sabar aje la...alhamdullilah tak dendam.tp ape yg org buat saya akan ingat..kalau ari2 kena tekan..sakit terbarin pn kena tekan.ape lagi nak buat..serah semua pada Allah..tu aje yg mampu buat...

    ReplyDelete