Tutorial Aplikasi Coggle : Berkolaboratif Membina Peta Minda Online - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 2 June 2020

Tutorial Aplikasi Coggle : Berkolaboratif Membina Peta Minda Online


Hai gais!

Assalamualaikum semua... Hari ni saya nak share satu aplikasi yang pada saya agak berguna terutama dalam situasi pendidikan kita sekarang, belajar dan mengajar secara jarak jauh.  Aplikasi ini telah saya perkenalkan dalam satu bengkel saya tahun lalu, ni baru ada kesempatan nak share dalam blog... 

Download Aplikasi Coggle pada telefon bimbit. Cari kat Google Playstore / Apps Store ye... atau boleh layari http://www.coggle.it untuk versi web.  


Apa yang menarik tentang aplikasi ini?

1) Murid-murid boleh berkolaboratif dalam kumpulan di atas talian untuk sesi perbincangan (brainstorm ideas). 

2) Boleh digunakan di pelbagai peranti - telefon bimbit, tablet dan juga laptop

3) Aplikasi percuma

4) Mudah digunakan... Boleh kembangkan idea dalam bentuk peta minda dengan sangat mudah. (Rujuk video)

5) Boleh digunakan dalam banyak subjek terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dll.

6) Boleh juga digunakan untuk membuat peta minda secara individu.

7) Peta minda yang telah siap boleh dimuat turun dalam bentuk image ke dalam telefon & PDF jika menggunakan versi web.


8) Peta minda yang menarik dan bewarna warni, boleh masukkan gambar dan teks pada setiap 'branch'.

9) Murid boleh berbincang menggunakan fungsi chat yang ada dalam apps tersebut. So, sementara buat petak minda, masa tu boleh sembang skali.. Berbincang... :)

10) Auto-save. Tersimpan secara automatik.

11) Boleh digunakan di mana-mana sahaja, bila-bila masa.

12) Boleh guna tanpa internet (untuk projek individu). 

Apa aktiviti yang murid boleh buat menggunakan Aplikasi Coggle ni?

1) Perbincangan untuk menulis karangan secara individu mahupun berkumpulan.

2) Membuat nota tentang satu-satu tajuk secara individu atau berkumpulan.

Macam mana? Menarik kan? Hehe... Boleh tengok video ni untuk lebih kefahaman tentang cara Aplikasi Coggle ni berfungsi.



Okay gais, semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan ilmu ni dengan rakan-rakan yang lain. Pada saya, apps ni sangat simple dan mudah nak digunakan oleh murid. Nak pulak sekolah menengah, lagi mudah sebab rata-rata murid ada telefon sendiri... Try lah.. Mana tahu, apps ni boleh membantu sesi PdP korang... 😊

Nota kaki : Selalu ada hikmah di sebalik sebuah musibah. Selalu ada senyum dibalik air mata.

No comments:

Post a comment