Teng-teng foniks dan dam ular lantai - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 27 February 2017

Teng-teng foniks dan dam ular lantai


Satu lagi projek yang telah dijalankan di sekolah saya iaitu 'phonics hopscotch'. Projek ini dijalankan dibawah 'Highly Immersive Programme' dimana teng-teng ini boleh digunakan oleh murid-murid untuk memenuhi masa lapang mereka sementara menunggu ibubapa datang untuk mengambil mereka selepas waktu tamat persekolahan.

Pelaksanaan: Boleh digunakan sebagai aktiviti luar bilik darjah atau digunakan secara tidak formal oleh murid-murid. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum semasa perjumpaan untuk persatuan Bahasa misalnya.

Cara bermain? Murid-murid menggunakan pemadam sebagai penanda. Setiap kotak mempunyai huruf tertentu. Setiap kali mereka pijak di dalam kotak, mereka perlu menyebut satu perkataan yang bermula dengan huruf tersebut. Selain itu, teng teng ini juga boleh digunakan semasa aktiviti pemulihan. Ini bertujuan membantu murid-murid membiasakan diri dengan huruf, perkataan atau bunyi fonik. Boleh minta murid sebut perkataan dan eja... 

Impak: Meningkatkan bilangan kosa kata murid-murid dan menggalakkan aktiviti didik hibur. Bermain sambil belajar.


Saya terjumpa satu lagi permainan lantai yang saya rasakan bermanfaat. Permainan dam ular yang hanya di buat menggunakan pita pelekat binding tape. Idea yang simple yang boleh 'ditiru' untuk dilaksanakan di sekolah. Dam ini ada di tingkat atas pasaraya Billion, Seri Iskandar. Yang pergi ke sana, bolehlah bawa dadu siap-siap dari rumah. Heheheee...

Semoga idea-idea yang dikongsikan bermanfaat untuk rakan-rakan semua.. Bye!

Nota kaki: Don't let anyone ever dull your sparkle!

No comments:

Post a Comment