Cara Menambah Kod Warna dalam Canva, Power Point dll - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 19 October 2023

Cara Menambah Kod Warna dalam Canva, Power Point dll


Assalamualaikum & salam sejahtera


Hai semua! Apa khabar? Terima kasih kepada rakan-rakan yang PM saya bertanya khabar. Memang agak lama juga saya tak menulis, hampir 7 bulan... bersawang dah blog... Hahahaaa... 


Alhamdulillah hari ni Allah izinkan saya untuk menulis. Harap ada masa untuk saya siapkan post-post yang tertunda. Banyak ilmu yang nak dikongsi, cuma agak kesuntukan masa untuk menulis & berkongsi di sini. Busy sket. Hukkks... Doakan saya istiqamah untuk terus berkongsi ilmu ya... Aamiin...


Okay... Hari ni saya nak kongsikan tentang cara untuk kita mendapatkan warna-warna yang menarik untuk digunakan semasa menghasilkan poster digital, infografik, slaid persembahan, laman web atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan grafik. 




Boleh la nak tukar warna font ke, warna latar ke, objek dll dengan warna-warna yang unik dan menarik... Tak perlu login pun boleh guna apps ni tau! Ada lebih 10 ribu warna yang dijana secara percuma... Kalau subscribe akaun PRO Coolors, ada lebih 10 juta warna... Banyak giler wehhh.... Sebulan $3 jer... 


Cara Mencari Kod Warna 


1. Pergi ke laman http://www.coolors.co


2. Klik pada kekunci SPACEBAR pada keyboard untuk menukar set palette. Nak pergi ke palette sebelumnya, gunakan kekunci BACK. 



3. Klik pada ikon padlock (kunci) untuk mencajana warna-warna yang bersesuaian dengan warna yang telah di lock tersebut.


4. Klik COPY HEX (icon Copy) untuk Copy kod warna dan gunakan di mana-mana aplikasi yang bersesuaian seperti Canva, Power Point, dll. 




5. Nak tambah warna dalam CANVA, rujuk gambar di atas... Copy HEX dari aplikasi Coolors, kemudian klik pada butang tambah (add a new colour) dalam Canva, paste kan no kod warna. Nak paste terus kat dalam ruangan search pun boleh... Nanti akan keluar suggestion palette warna jugak tau... Mudah sikit keja bila ada palette warna sebab dah ada suggestion kombinasi warna yang sesuai. Kita just pick mana kita suka...   


6. Nak add colour kat Power Point, pergi ke MORE COLOURS, kemudian klik CUSTOM, masukkan kod warna yang telah di copy dari aplikasi Coolors dalam ruangan HEX.


Mencari Kod Warna Berdasarkan Gambar


Korang boleh juga cuba muat naik gambar (klik pada icon kamera) untuk cipta palette warna berdasarkan gambar yang dikehendaki. Boleh lihat contoh seperti dalam gambar di bawah... Lepas muat naik gambar, cadangan warna akan terpapar... Boleh klik butang tambah untuk menambah warna pada palette. Secara automatik, warna-warna yang berkaitan akan terjana. Lepas tu boleh laa salin kod warna yang dikehendaki.



Cara Menyemak Colour Contrast


Selain itu, korang boleh check kontras warna menggunakan COLOUR CONTRAST CHECKER bagi memastikan pilihan warna adalah sesuai... Hanya masukkan kod warna yang dipilih sebagai warna latar dan kod warna untuk font dalam ruangan yang diberikan untuk menyemak samada warna berkenaan bersesuaian atau tidak... Semak kontras warna menggunakan COLOUR CONTRAST CHECKER di link ini... 


https://coolors.co/contrast-checker/042449-acc8e5



Warna-warna tu bolehlah digunakan untuk mengubah warna latar, font, bentuk dll. Macam mana? Sangat mudah kan? Ilmu ni bagi saya sangat bermanfaat untuk rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dalam dunia designing... Nak design kena pandai pilih warna, pilih corak, bentuk, susun atur dll... Walaupun ada banyak template yang sudah sedia ada, boleh jer kita nak ubah ikut selera dan citarasa sendiri. Serlahkah kreativiti anda! 


Okay gais. Sekian perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya doakan kesihatan & kebahagiaan dunia akhirat buat kalian semua. Jangan lupa doakan saya ya. Doakan juga buat saudara-saudara Muslim kita di Palestine... Semoga kita semua dalam rahmat & kasih sayang Allah SWT. Aamiin... 


Nota kaki : Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku. - Umar bin Khattab RA

1 comment:

  1. sekarang ni, saya suka jugak guna canva...banyak design yang cantik-cantik

    ReplyDelete