Tutorial e-RPH Versi Cikgu Emkay via FrogVLE / Google Classroom - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 13 December 2017

Tutorial e-RPH Versi Cikgu Emkay via FrogVLE / Google Classroom


Hey peeps! Salam...

Petang kelmarin, Cikgu Emkay minta saya bantu sebarluaskan bahan pembentangan beliau tentang e-RPH via Frog VLE / Google Classroom dalam blog saya ni... Since e-RPH ni tajuk hot masa kini, saya rasa mungkin perkongsian beliau ni dapat membantu sedikit sebanyak para pendidik di luar sana kaedah untuk melaksanakan e-RPH ni di sekolah...

Yes, sebut tentang e-RPH, suka saya tegaskan bahawa e-RPH mempunyai banyak versi dan kaedah. Ada yang guna platform berbayar dimana sekolah subscribe dengan syarikat tertentu bagi menyediakan tapak untuk guru-guru menulis RPH lengkap dengan server sendiri. Ada yang gunakan platform gdrive, onedrive, ada yang gunakan frogvle dan ada juga yang gunakan google classroom. Ada yang buat dalam sheets/excel dan ada juga yang pilih untuk gunakan word/docs. Walau apa pun platform dan kaedah yang digunakan, matlamatnya satu, untuk tujuan penyediaan RPH secara digital. Terpulang kepada sekolah dan orang yang bertanggungjawab membawa fenomena e-RPH ni di sekolah, bagaimana mereka nak jalankan di sekolah masing-masing. Yang penting, orang yang bertanggung jawab (admin e-RPH) tu mestilah pakar dalam method yang beliau pilih untuk gunakan kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab memastikan guru-guru di sekolah tahu dan dapat menggunakan e-RPH dengan jayanya.

Saya sendiri ada kaedah yang tersendiri, berbeza sedikit dengan apa yang disampaikan oleh Cikgu Emkay ni.  Again, saya nak tegaskan, walaupun kaedah kami sedikit berbeza,  tujuan dan matlamat kami sama, iaitu menyediakan RPH secara digital tanpa perlu melakukan printing dsb. Bagi saya dalam menuntut ilmu, kita tak perlu sempitkan fikiran kita untuk hanya stick dengan kaedah yang biasa kita gunakan. Kita boleh explore bermacam-macam lagi cara dan kaedah yang rakan-rakan kita cuba ketengahkan, terpulang kepada kita bagaimana nak mengaplikasikannya di sekolah. Walau sebanyak mana pun kaedah, kita masih berhak memilih untuk menentukan cara yang bagaimana yang paling sesuai untuk kita laksanakan di sekolah dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kemahiran IT rakan-rakan guru, kemudahan, kesediaan mental dll. Ilmu e-RPH ni luas dan semakin lama semakin banyak idea-idea baru yang diketengahkan untuk menjadikan ia tampak lebih 'cantik' dan terurus. Selagi belum ada pekeliling khas tentang kaedah tertentu, kita masih boleh pilih cara mana yang kita mahu! Weeeeheeee! 😆

Panjang mukadimah saya, hahaha... Okay, dah... dah... Hahahah....

Berikut adalah perkongsian nota tentang pelaksanaan e-RPH oleh salah seorang sahabat saya Cikgu Mohd. Khamarul Idzwan Bin Othman, Guru Advokasi Emas FrogAsia dan beliau juga merupakan taskmaster Frocos PPD Petaling Perdana. Bagi yang berminat nak panggil abam ni bagi talk kat sekolah korang, bolehlah contact dia ya... Dia memang sangat aktif membuat perkongsian terutama dalam bidang FrogVLE ni... 😊


Semoga bahan yang beliau kongsikan ini bermanfaat kepada kita semua. Tahniah kepada sekolah-sekolah yang dah beralih arah menggunakan e-RPH. Wuhuuu! 👏 Bye, gaise! 

Nota Kaki: ❝Jika engkau kenal siapa dirimu, maka engkau tidak akan terancam dengan kata-kata orang lain ❞ [Al-Imam Sufyan At-Tsauri ‎رحمه الله تعالى]

1 comment: