Cara Menggunakan Wakelet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 10 April 2022

Cara Menggunakan Wakelet



Salam 8 Ramadan.


Selamat menunaikan ibadah puasa, gais! Hari ni saya nak kongsikan tentang satu lagi aplikasi yang menarik untuk mengurus dan menyimpan fail / gambar / pautan / teks dll. Mungkin sudah ramai yang sudah pun menggunakan aplikasi ini. Saya baru sahaja berjinak-jinak menggunakannya. Apa yang boleh saya katakan, memang aplikasi ni sangat simple dan mudah digunakan oleh semua. Sesuai digunakan untuk PdP mahupun untuk kegunaan peribadi... Jom kita cuba aplikasi WAKELET!


Kelebihan Wakelet


1) Boleh digunakan pada melalui web atau aplikasi mobile. Boleh download apps dari Google playstore / Apps store.


2) Boleh simpan gambar / fail / pautan / teks / evidens untuk PBD murid dll


3) Aplikasi percuma


4) Mudah digunakan


5) Multifungsi - boleh dijadikan album gambar.... Boleh dijadikan diari - simpan maklumat penting, boleh dijadikan sebagai platform rujukan untuk murid-murid... Letak link nota, soalan, youtube dll di situ dan macam-macam lagi...


6) Kolaboratif - boleh share link Collection kita dengan orang lain & boleh invite individu tertentu untuk menjadi kolaborator...

7) Boleh jimatkan ruang telefon... Gambar-gambar boleh simpan dalam Wakelet ni... ☺️
 

Cara Menggunakan Wakelet


1) Muat turun aplikasi Wakelet dari Google Play Store / Apps Store pada telefon bimbit anda.

    Nak guna web apps pun boleh... Pergi je ke laman www.wakelet.com






2) Sign Up dengan menggunakan email atau menggunakan mana-mana akaun seperti Google, Facebook, Microsoft dll...


3) Selesai mendaftar, boleh mula menggunakan aplikasi! 


4) Klik pada CREATE A NEW COLLECTION untuk mula menyimpan koleksi teks / video / fail / gambar dll...





5) Okay, boleh mula upload bahan-bahan.


6) Ubah SETTING paparan (layout) jika mahu... dan anda boleh tentukan samada ingin membenarkan orang lain untuk menyalin (copy) koleksi anda atau tidak pada menu Advanced.


7) Klik butang SHARE untuk kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh menjemput rakan anda untuk bekerjasama dalam menjayakan satu-satu koleksi... Add sahaja mereka sebagai collaborator! 





Bagi rakan-rakan yang berminat untuk menyertai komuniti Wakelet sebagai community member, community leader atau ambassador, boleh memohon di https://community.wakelet.com 






Bagi yang berminat nak menjadi Wakelet Certified pula, boleh ke laman ini untuk mendapatkan bahan-bahan serta menduduki ujian... https://wakelet.com/@wakeletcertifiedcourse 


Okay gais... Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini... Semoga bermanfaat untuk semua! Take care... Jom fikir nak masak apa untuk berbuka puasa... LOL! 😂


Nota kaki: Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmatKu kepada kamu... (Surah Ibrahim 14:7)

1 comment: