Tutorial Step by Step Aplikasi PLICKERS - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 2 September 2017

Tutorial Step by Step Aplikasi PLICKERS


Assalamualaikum semua... Hai...

Seronoknya cuti sampai hari Isnin... Yayyy! Suka suka suka... :P Sementara mood menulis tengah ada ni, lebih baik saya teruskan dengan perkongsian yang seterusnya iaitu tentang Aplikasi Plickers. Perkongsian ini sebenarnya dibuat oleh salah seorang sahabat saya, Cikgu Mohamad Yassir B. Hamidun dari SMK Jalan Cochrane, KL. Sejujurnya saya amat kagum dengan beliau kerana beliau antara guru yang hebat yang saya kenal, yang sangat low profile dan humble. Dalam erti kata yang lain, dia tidak poyo. Haha... I loiikee! :) Since dia ni low profile, saya nak perkenalkan dia kepada semua... Ninnn dia orangnya! Hahahahah...

Cikgu Yassir yang paling kiri... pendiam, banyak ilmu, humble... thumbs up!
Beliau bersetuju untuk saya kongsikan bahan yang dihasilkan di blog saya. Syukur... Alhamdulillah. Saya memang nak ilmu Plickers ni, memang best, jadi perkongsian sebegini sememangnya amatlah saya nantikan... Saya pernah belajar dah sebelum ni dari seorang sahabat saya yang tak kurang hebatnya Kak Farida Yusuf, SMK Trolak, tapi belum pernah try dalam kelas lagi setakat ni... Mereka ni memang pandai simpan kuku, diam-diam ubi berisi... Hebat belaka! Hehe...

Untuk menggunakan Plickers ni dalam kelas, anda mestilah terlebih dahulu menyediakan kad untuk setiap murid. Kad tersebut boleh didapati secara percuma dari laman www.plickers.com Setiap murid mempunyai kad yang berbeza untuk digunakan di dalam kelas. Semasa guru memaparkan soalan, murid akan menggunakan kad mereka untuk mempamerkan jawapan manakala guru akan scan jawapan-jawapan yang dipamerkan itu menggunakan telefon pintar. Semasa proses ini, plickers akan detect samada jawapan tersebut betul atau pun salah... Jawapan murid akan terpapar di screen. Begitulah serba sedikit tentang plickers. Okay jom kita lihat tutorial di bawah... klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. :)



























Berikut adalah link asal yang dikongsikan oleh Cikgu Yassir... Sekiranya anda ingin mendapatkan bahan tersebut, bolehlah download dari link yang diberikan ni ye...


Tips yang diberikan oleh Cikgu Farida Yusuf semasa sesi perkongsiannya dahulu, "Jangan laminate kad jawapan kerana ia akan menyukarkan proses scan..." Silau katanyaaa... Hehe

Sekian sahaja perkongsian kali ini... Take care, gaise! Babai...

Nota kaki: Jika tidak mampu menyenangkan, janganlah menyusahkan... Jadilah orang yang mulia menyalahkan diri sendiri, jangan jadi orang yang bodoh sombong menyalahkan orang lain... giteww!

3 comments: