Kandungan Fail RPH 2018 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 30 November 2017

Kandungan Fail RPH 2018



Assalamualaikum... Hai semua!~


Cuti-cuti ni korang semua buat apa? Korang semua sihat ke? Saya agak kurang sihat, hampir seminggu batuk, selsema belum baik-baik lagi... Huhuhuu... Badan memang minta rehat tapi otak saya masih belum berhenti lagi bekerja... Saya rasa hampir sebulan saya bekerja keras untuk macam-macam urusan termasuk menyiapkan buku pengurusan & takwim sekolah, jadual waktu, aktiviti-aktiviti di sekolah dan of coz saya juga sibuk dengan persiapan sebagai pembentang dan urusetia seminar #KLEdtech2017 yang berlangsung hujung minggu lalu yang melibatkan 300 pendidik dari seluruh pelusuk negara. Fuh!
 

Ramai yang pm saya bertanyakan tentang kandungan fail RPH ni, alhamdulillah dalam kesibukkan saya masih sempat mencari masa untuk menyiapkan design kandungan fail RPH untuk kegunaan pada tahun 2018 nanti. Saya bukanlah orang yang hebat dalam designing ni, biasa-biasa sahaja... Tapi nak hasilkan yang biasa-biasa ni pun ambil masa beberapa hari juga... Kalau tahun 2017 hari tu bertemakan lavendar, tahun 2018 saya pilih tema teknologi... Giteww... Macam tak sangka dah tiga tahun berturut-turut saya buat benda ni... Tiga tahun macam sekejap je rasanya... Haha... Maka dengan siapnya task design men design ni, ada la bahan untuk saya menggoreng dalam blog hari ini. Kikikii.... :) 


Tahun depan Guru Besar saya mengarahkan semua guru di sekolah saya untuk menggunakan e-RPH. Jadi, segala design kali ni agak bewarna warni lah... Tak payah print kann... Boleh laa buat kaler-kaler... Hehehee... Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan dari link di bawah ya... Kali ni saya kongsikan dalam bentuk powerpoint, jadi mudah untuk anda edit. Kalau nak tambah apa-apa, just klik insert - textbox ke picture ke... haa... senangkan! Antara kandungan yang ada di dalam fail ialah:-



1) Muka depan
**Insert logo sekolah dan nama sendiri hokehhh!

2) Takwim Persekolahan 2018 untuk kedua-dua Kumpulan A dan B... Print yang mana perlu ya!

3) Cuti Am 2018 - Anda boleh edit sendiri tarikh cuti Keputeraan Sultan Negeri masing-masing dengan memasukkan textbox...

4) Partition Jadual Waktu Persendirian

5) Partition Jadual Waktu Kelas
**Untuk jadual waktu, saya hanya buat partition sahaja... anda boleh masukkan jadual yang diberi kepada anda nanti directly dalam file kann...

6) Senarai tugas - sila masukkan textbox untuk editing...

7) Maklumat Guru - Insert picture untuk masukkan gambar anda dan masukkan textbox untuk masukkan maklumat anda...

8) Visi KPM

9) Misi KPM



10) Visi Sekolah - Insert picture - lencana sekolah anda ya...

11) Misi Sekolah

12) Partition Rancangan Pengajaran Tahunan 2018

13) Partition Rancangan Pengajaran Harian 2018
**Boleh download tapak RPH versi BM, BI, Arab dan Jawi di Tapak RPH Raihan Jalaludin 

14) Partition Lembaran Markah Murid

15) Partition Senarai Nama Murid

16) Senarai Buku Rujukan - masukkan textbox untuk menaip terus dalam jadual yang disediakan.



17) Penyeliaan, Pertemuan dan Perbincangan Professional
18) Catatan



19) Tarikh penghataran Fail Rekod Mengajar Untuk disemak oleh Guru Besar / Pengetua - Setiap Jumaat (Kumpulan B), Setiap Khamis (Kumpulan A)




Saya hanya menggunakan font biasa sahaja kali ini untuk menampakkan formaliti. Font yang saya gunakan ialah "Gill Sans Ultra Bold Condensed" dan "Calibri".


Pesanan penting dari saya, untuk mendapatkan hasil printing yang cantik dan penuh sampai ke tepi (full page), setelah anda siap mengisi segala butiran dalam powerpoint tersebut, anda save as kan dalam bentuk PDF. Print PDF tersebut... Dan untuk anda yang menggunakan e-RPH juga, saya cadangkan anda buat benda yang sama, save dalam bentuk PDF sebelum anda upload masuk ke google drive anda ya... 




Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan juga dengan kawan-kawan yang lain ya.. Follow blog / FB saya supaya anda tidak ketinggalan dengan perkongsian-perkongsian yang akan datang... Jangan lupa doakan yang baik-baik untuk saya ya... Hehe... Good luck, gaise! XOXO

Download : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


Download: Divider Mingguan

Nota kaki: No one has the right to judge you. They might have heard the stories, but they didn't feel what you felt in your heart! Hanya Allah yang tahu... 💖 

53 comments:

  1. Sangat bermanfaat. Terima kasih kerana sudi share.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..semoga allah membalas jasa baik cikgu dan permudahkan segala urusan cikgu dunia dan akhirat...aamiin

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Semoga rahmat Tuhan sentiasa menyertai cikgu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikgu.. Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu.pengkongsian yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. Sama-sama, cikgu.. terima kasih juga kerana sudi gunakan bahan yang saya sediakan... good luck kepada semua untuk menempuh 2018! 😊

    ReplyDelete
  7. Terima kasih..sangat bermanfaat.. saya share..😊

    ReplyDelete
  8. Knpa yer yg erph kena tukar ke PDF sblm upload ke Google drive?
    Nt blh edit lg x sblm share..? Tq

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ya atas perkongsian ini..semoga dipermudahkan segala urusan kelak..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih cikgu dengan keizinan ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. assalamulaikum cikgu..sy minta izin download dan mencacat info2 dlm blog cikgu ni ye.tq bnyak2 n tahniah atas usaha dan perkongsian

    ReplyDelete
  12. terima kasih.. saya minta izin untuk copy

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum cikgu...terima kasih untuk perkongsian yang sangat baik....tahniah cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq diatas perkongsian yg amat brmanfaat ini....mohon share ye.

      Delete
  14. Tqvm. Bnyk membantu guru lain. Semuga sentiasa berada dlm hidayah Allah.

    ReplyDelete
  15. TERIMA KASIH CIKGU, MOHON SHARE, SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK CIKGU

    ReplyDelete
  16. Terima kasih cikgu semoga Allah membalas jasa baik cikgu. saya mohon share yer ngan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih cg...semoga Allah memudahkan segala urusan cg. Sy share ye...

    ReplyDelete
  18. minta maaf..saya kurang sikit ttg IT ni,nak tekan link mana utk download fail kandungan rph raihan ni? tq semua..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih Cikgu Raihan. Sangat membantu saya
    \

    ReplyDelete
  20. TQ very much. Its easeir to use ur ppt slides.

    ReplyDelete
  21. saya dah download tapi kenapa xboleh nak edit ye cikgu raihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latar mmg tak boleh edit. Hanya bahagian utk masuk perkataan je yg boleh diubah suai..

      Delete
    2. Saya masuk perkataan pun tak boleh gak cikgu...nak masuk nama, tugas dan lain2 tak leh juga..mohon penceahan dari kawan2 pengunjung blog cikgu raihan

      Delete
  22. Terima kasih cikgu... semoga sentiasa mendapat rahmat Allah SWT..

    ReplyDelete
  23. terima kasih..moga di murahkan rezeki dan dirahmati selalu

    ReplyDelete
  24. Terima kasih..smg dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati..aamiin

    ReplyDelete
  25. Terima kasih..semoga sentiasa sejahtera & bahagia dunia akhirat.Aamin.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih cikgu..semoga sentiasa murah rezeki.aamiinn

    ReplyDelete
  27. syukran jazilan cikgu, semoga Allah membalas segala usaha murni cikgu ini dengan kebaikan yang berlipat ganda.

    ReplyDelete
  28. Terima kasih..Saya minta izin guna ye..

    ReplyDelete
  29. ASSALAMUALAIKUM...IZINKAN SAYA COPY YEA..TERIMA KASIH

    ReplyDelete