Cara Paling Mudah Transfer Gambar, Dokumen, Video dll Dari Telefon ke Laptop Tanpa Wayar - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 23 July 2018

Cara Paling Mudah Transfer Gambar, Dokumen, Video dll Dari Telefon ke Laptop Tanpa Wayar


Assalamualaikum!

Korang selalu guna Telegram tak? Telegram adalah salah satu medium komunikasi yang popular masa kini. Apa yang menariknya tentang aplikasi ini adalah ia bukan sahaja membolehkan kita berhubung antara satu dengan yang lain tanpa memerlukan nombor telefon seseorang, kita juga boleh contact mereka menggunakan ID Telegram mereka sahaja. Telegram juga merupakan aplikasi yang 'ringan' dan tidak menggunakan banyak ruang pada telefon anda kerana segala bahan yang dihantar/diterima menerusi Telegram akan tersimpan di awan (Telegram cloud). Best tak best? Hehe...

Okay, di sini saya ingin kongsikan cara paling mudah untuk anda transfer gambar, video, dokumen dll dari telefon ke laptop tanpa menggunakan wayar adalah dengan menggunakan aplikasi Telegram. 
Caranya bagaimana?

Pertama
Pastikan anda telah pun install Telegram pada telefon pintar anda dan juga laptop. Bagi yang belum install Telegram di laptop, anda boleh pergi ke https://telegram.org/ untuk download aplikasi tersebut. 


Kedua
Buka aplikasi Telegram di telefon anda. Pergi ke SETTING. Kemudian, klik SAVED MESSAGES.

Ketiga
Hantar segala gambar, dokumen dll yang ada pada telefon ke SAVED MESSAGES.  

Keempat
Buka aplikasi Telegram di laptop. Klik SAVED MESSAGES. Boleh mula download gambar/dokumen dll yang anda hantar dari telefon tu. 

Kadangkala kita terjumpa maklumat penting yang dikongsikan dalam group sembang di Telegram. Kita boleh simpan chat / maklumat penting / nota penting yang dikongsikan tersebut untuk rujukan kita di lain hari. 



Ada dua cara, yang pertama, Klik pada mana-mana chat/maklumat yang ingin anda simpan. Kemudian pilih FORWARD dan SAVED MESSAGES. 

Cara kedua adalah dengan menyalin semula (copy) chat tersebut, kemudian pergi ke SETTING dan klik SAVED MESSAGES, paste kan pada ruangan menaip, SEND.  

Okay, bila dah banyak-banyak simpan nota penting, susah pulak nak cari balik! No! Tak payah scroll up and down... Tipsnya adalah dengan menggunakan kaedah carian. Gunakan icon kanta pembesar(iphone)/Search(android) kat SAVED MESSAGES tu, klik dan taipkan kata kunci nota penting yang anda ingin cari... Taraaa! Semuanya akan disenaraikan secara automatik. Senang kan! Untuk gambar yang dianggap penting, anda boleh letak caption pada gambar tersebut dengan perkataan yang sesuai untuk memudahkan anda mencarinya nanti.

Fungsi SAVED MESSAGES ni lebih kurang macam pendrive gak... Boleh simpan macam-macam kat sini... Hehe... :)

Ini adalah salah satu cara paling mudah saya gunakan untuk transfer dokumen, gambar, video dll dari telefon ke laptop dan dari laptop ke telefon. Konsepnya seperti anda menghantar mesej kepada diri sendiri. Anda dapat akses pada semua device yang menggunakan akaun Telegram yang sama. Hehe... Semoga perkongsian ini bermanfaat. Take care, gaise! Babai!~

Nota kaki: “True strength is keeping everything together when everyone expects you to fall apart.”

13 comments:

  1. selain simpan di saved message, boleh menggunakan fungsi channel sebagaimana fungsi folder dalam my document. create as many as channels you want to manage your saved message according to different categories.

    ReplyDelete
  2. Cg Raihan boleh bg step cara nak upload bahan dari email ke whatsapp...tq

    ReplyDelete
  3. Lpas dload bahan2 d laptop...kita dh blh buang la ye gambar atau file d hfon kita tu?

    ReplyDelete
  4. Tak buang pun takpe, tuan.. biarkan je dlm phone sbb tak guna ruang telefon pun. Semua tersimpan dalam telegram cloud. Boleh clear cache je. Pegi kat setting-storage usage-clear cache :)

    ReplyDelete
  5. Tambahan, dengan Telegram saya buat group yang ahlinya saya seorang saja. Saya bubuh tajuk yang saya faham sendiri contohnya Koleksi Bahan MengajarKu. Mula2 memang kena invite sorang lagi utk membolehkan kita membina group. Lepas group dah jadi saya akan remove orang berkenaan dan tinggal la saya seorang je. Sekarang saya ada banyak group yang saya create utk diri sendiri. Bahan yang saya simpan 5-6 tahun dulu pun masih ada dan available. Cuma search bila perlu, ia keluar siap dengan tarikh uploadnya sekali. Lebih cepat drp Google Drive.
    Salah satu lagi contoh amalan yang paling berguna ialah Group Cukai LHDN. Bila saya atau suami beli buku atau item yang boleh di claim pengecualian cukai, kami akan send resitnya ke group berkenaan yang mana ahlinya kami berdua saja. Tak perlu hardcopy lagi.

    ReplyDelete
  6. Assalam, Cikgu boleh tunjuk cars nak upload Bahan video dari telegram Masuk ke Google classroom sebagai tugasan, terima kasih

    ReplyDelete
  7. Kenapa laptop saya tak boleh paparkan video di voice chat??tp Google meet,Canva Dan sebagainya boleh..

    ReplyDelete