Koleksi Lagu Latar Majlis - Background Music - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 1 January 2023

Koleksi Lagu Latar Majlis - Background Music


Assalamualaikum & hai gais... 


1st post untuk tahun 2023... Yay! 💃


Hari ni nak cerita tentang background music... Hehe... Pemilihan lagu latar akan mempengaruhi 'mood' sesuatu majlis...  Jadi sebaiknya lagu-lagu yang dipilih mestilah bersesuaian dengan tema & jenis majlis. Ada lagu latar yang sesuai untuk majlis persaraan, ada yang sesuai untuk majlis pelancaran hari kemerdekaan misalnya, ada juga yang sesuai dengan majlis korporat / rasmi.


Hari ni saya nak kongsikan lagu latar yang agak energetik dan memotivasikan yang mungkin sesuai dipasang dalam grand event rasmi / korporat seperti penyampaian anugerah, sambutan Hari Guru, penyampaian hadiah, majlis pelantikan pemimpin sekolah, pelancaran produk dll.  Lagu-lagu latar ni umpama halwa telinga agar majlis bertambah ceria dan bertenaga! Gituh!~  Korang pilih la ya mana lagu yang sesuai untuk dimainkan mengikut susunan acara majlis ya  - pembukaan, penutup, perasmian, penyampaian anugerah dll... 


Bagi yang berminat, silakan download ya... 


1) Lagu Latar 1


2) Lagu Latar 2


3) Lagu Latar 3


4) Lagu Latar 4


5) Lagu Latar 5


6) Lagu Latar 6


7) Lagu Latar 7


8) Lagu Latar 8


9) Lagu Latar 9


10) Lagu Latar 10


11) Lagu Latar 11


12) Lagu Latar 12


13) Lagu Latar 13


14) Lagu Latar 14


15) Lagu Latar 15


16) Lagu Latar 16


Lagu-lagu ni ada yang saya cari kat Youtube... Kredit juga kepada Pn. Najihah, Unit ICT PPD Kinta Utara kerana rajin bersama-sama mencari lagu-lagu yang sesuai untuk majlis. Alhamdulillah, sudah beberapa kali event, saya berpeluang bekerjasama dengan dia, sebab tu kami dah dah ada koleksi lagu macam ni... Haha... Kalau korang ada lagi lagu-lagu menarik, share la dengan kami tau... 😁


Gambar team kami semasa raptai Sambutan Hari Guru 2022 Peringkat Daerah Kinta Utara. Abaikan makanan atas meja tu... LOL!

6 tahun yang lalu, saya pernah kongsikan koleksi lagu gamelan dan intrumental... Haa, nak guna lagu-lagu tu pun boleh... 👉 https://www.raihanjalaludin.com/2017/10/koleksi-lagu-gamelan-dan-instrumental.html


Okay la... Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Take care. Selamat Tahun Baru 2023! Semoga tahun 2023 penuh dengan kebaikan dan keberkahan untuk kita semua... Aamiin... 💓


Nota kaki : Semulia-mulia manusia adalah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik Bin Marwan

1 comment:

  1. Assalam..Terima kasih untuk perkongsian. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete