Online Game - Be Internet Awesome - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 29 December 2022

Online Game - Be Internet Awesome



Assalamualaikum


Hai semua! Tak lama dah nak kembali ke sekolah dah kan... Dah refresh ke belum ni? Kalau belum, masih ada masa beberapa hari lagi, boleh la pegi bercuti ke mana-mana ke, buat aktiviti yang korang suka ke... Maklum la, dah berminggu cuti kan... Kena ambik mood untuk kembali ke sekolah... Hehe... 


Okay, hari ni saya nak kongsikan satu lagi aplikasi yang menarik. Game yang ada unsur pendidikan... Gituh!~ 


Ada 4 'tempat' yang anak-anak atau korang sendiri boleh explore dalam game ni. Semua tempat ni mendidik anak-anak untuk menjadi lebih sopan dan baik ketika mereka berada di atas talian tak kira la semasa berurusan di media sosial, ruangan chat dll... Selain itu, game ini juga mengajar anak-anak agar dapat menapis maklumat yang diterima supaya tidak terpedaya dengan maklumat palsu... Berkongsi dengan berhemah serta kepentingan melindungi rahsia  dll secara atas talian juga antara misi untuk menjadikan anak-anak INTERNET AWESOME! 


πŸ’š Kind Kingdom - It's cool to be kind

πŸ’– Reality River - Don't fall for fake

πŸ’™ Mindful Mountain - Share with care

πŸ’›Tower Of Treasure - Secure your secrets



Pada saya, aktiviti ni sangat bagus kerana sedikit sebanyak dapat mendidik anak-anak untuk menjadi warganet yang baik dan selamat. Yelah, kita lihat sendiri la macam mana buli siber berleluasa zaman sekarang ni... Dengan bawang ranger sana sini, kecaman dan kebencian yang disampaikan menerusi internet... Penipuan... Scam... Allahu... Seram... 


Nak baca penerangan dalam Bahasa Melayu, korang scroll je ke bawah. Ada pilihan bahasa... Pilihlah Malaysia. Poofffff! Semua maklumat akan bertukar menjadi BM... Tapi Game tetap dalam BI ya... Hehe... Hanya penerangan je dalam BM... Jom la try main game ni...


Ni link penerangan dalam BMhttps://beinternetawesome.withgoogle.com/ms_my

Ni link penerangan dalam BIhttps://beinternetawesome.withgoogle.com/en_us/


Nak main game Be Internet Awesome? Jom!~

Ni link nya... https://beinternetawesome.withgoogle.com/en_us/interland



Okay gais... Semoga bermanfaat. Saya doakan kalian semua sihat dan dapat mulakan tahun baru 2023 dengan penuh bersemangat... Serahkan urusan kepada Allah, doa yang baik-baik, insyaAllah... Semoga kita semua bertambah cemerlang dunia akhirat. Aamiin... Take care! 


Nota kaki : Kematangan itu tidak diukur dengan umur tetapi diukur pada pengalaman. 

No comments:

Post a Comment