20 Aplikasi Edit Video Yang Super Mudah di Telefon Pintar - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 2 January 2023

20 Aplikasi Edit Video Yang Super Mudah di Telefon Pintar

Assalamualaikum semua...


Zaman sekarang ni semuanya dah semakin mudah... Kalau bab masak memasak, masuk je bahan dalam mesen, klik-klik, siap semangkuk! Begitulah semakin lama semakin di hujung jari jer. Nak beli barang, kalau malas nak keluar, boleh klik-klik dari kedai online... Tau-tau barang dah ada di depan muka pintu... Nampak tak betapa mudahnya sekarang ni... 


Sama juga hal editing video... Kalau dulu, nak edit video kebanyakkannya akan memilih untuk menggunakan aplikasi-aplikasi di komputer. Sekarang ni sampai kita sendiri pun dah tak tahu nak pilih aplikasi apa nak digunakan... Sebab dah belambak-lambak... Yang free, yang mudah, yang buat kat telefon pun boleh... Banyak sangat! 


Baiklah, hari ni saya ingin kongsikan antara aplikasi-aplikasi yang mudah digunakan untuk edit video dengan pantas. Template pun banyak, so tak perlu pening-pening nak masuk lagu, susun bagai... Klik-klik je kat video / gambar dalam phone masukkan dalam apps, siap! 


Perkongsian ini dibuat oleh adik Dalily dari SK Sungai Rokam... See! Budak sekolah rendah pun pandai... Yelah, budak-budak sekarang kan ramai jer yang ada Youtube la Instagram la Tiktok la apa la... So, tak hairanlah kalau mereka lagi mahir dari kita... Hukks... Yang dikongsikan termasuk aplikasi untuk animasi... 


1) capcut

2) kinemaster

3) Canva

4) Alight Motion

5) Video Star

6) Vsco

7) Picart

8) Imovie

9) Filmora

10) inshot

11) Splice

12) Vivavideo

13) Videoleap 

14) Clips

15) Funimate Video & Motion Editor

16) Tiktok

17) Instagram 

18) Zapeto

19) FlipaClip

20) Quik


Jom la kita cuba... So lepas ni kalau ada aktiviti-aktiviti sekolah, boleh la di videokan... Tak perlu panjang-panjang... 2-3 minit pun dah cukup kan... Hehe... 


Ni contoh video guna Capcut... Guna template jer... 5 minit dah siap... itu pun sebab nak adjust muka masuk dalam frame... Haha... kemain senang... 😂



Nota kaki : Belajar untuk tidak mengharapkan apa-apa pada sesiapa pun kecuali Allah. Teguh berdiri walau ada yang menyakiti & mengkhianati. Biar tak tinggi, janji berdikari!~ 💖

No comments:

Post a Comment