Cara Menghasilkan Animated Poster - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 5 January 2023

Cara Menghasilkan Animated Poster



Hai gais... Assalamualaikum


Bila nak promote sesuatu acara / benda / hal-hal penting, ramai yang gunakan poster sekarang ni kan... Poster akan nampak menarik apabila semua maklumat disusun kemas dan diolah menjadi sekeping poster yang cantik bewarna-warni...


Hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana korang boleh hasilkan poster yang ada tambah nilai sikit daripada poster biasa di mana poster tersebut boleh bergerak (animated). Masih nampak formal jika kita memilih tema yang formal... It's just that ada beberapa benda dalam poster tu yang bergerak... Nak tarik minat orang, haa ni salah satu caranya lah... Jom try buat!


Boleh lihat contoh yang saya dah buat kat bawah ni... Hehe... I'm sure u guys can do better... 😁


Perhatikan betul-betul... Yang ni hanya background je yang bergerak... awan tu... 


Ni contoh satu lagi... Yang ni hanya gambar yang bergerak. Background nya statik sahaja...




Cara Menghasilkan Animated Poster


1. Buat poster macam biasa... Hias dengan perkataan, gambar, latar belakang dll. Masa memilih gambar, boleh pilih yang dalam format gif. 

Untuk mereka yang menggunakan canva.com bolehlah mencari imej bergerak dalam format gif. pada menu ELEMENTS. Taip la apa yang korang nak, search... Kalau jumpa gambar bergerak, try la letak satu... Hehe


Yang ni canva ya...


Bagi yang ingin menghasilkan poster menggunakan Power Point, kaedahnya lebih kurang sama. Masukkan je gambar dalam format gif. dalam poster yang dihasilkan tu... Gambar dalam format gif. boleh dicari dari internet...


2. Bila dah siap semuanya, download poster korang tu dalam format gif. 


Yang ni pulak adalah Power Point... Klik save as... kemudian set kan animated GIF Format.

Siappp!~ Selamat mencuba.... Take care, gais! 💖


Nota kaki : Dipuji tidak terbang, dihina tidak tumbang. 

No comments:

Post a Comment