40 Contoh Aktiviti Yang Boleh Dijalankan Semasa Hari Sukan Negara - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 26 September 2018

40 Contoh Aktiviti Yang Boleh Dijalankan Semasa Hari Sukan Negara


Assalamualaikum...

Hari Sukan Negara disambut setiap tahun pada hari Sabtu kedua dalam bulan Oktober. Semalam, beberapa orang guru termasuk saya dipanggil untuk bermesyuarat bagi menetapkan aktiviti yang bakal dijalankan di sekolah saya pada Hari Sukan Negara nanti. Biasa lah, kalau bab brainstorming ni memang saya sukaaaa sangat... Hahahahha... Sedar-sedar, dah ada berpuluh-puluh idea saya catatkan hasil carian kat Google dan juga perbincangan dengan rakan-rakan... 

Berikut adalah contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa Hari Sukan Negara... Pilihlah yang mana sesuai untuk crowd di sekolah korang. Apa pun, pilihlah aktiviti yang sesuai agar acara dapat dijalankan dengan baik. Teliti jumlah guru, murid dan komuniti yang boleh hadir pada hari tersebut... 

1. Senamrobik
2. Basikalthon / kayuhan excellent / kayuhan perdana
3. Gerai jualan food truck
4. Sukan tradisional - permainan guli, layang-layang, gasing, bowling kelapa dll
5. Sukaneka - terompah gergasi, isi air dalam botol, passing gelang getah guna straw dll
6. Jamboree pengakap
7. Fun ride / Horse riding
8. Pelancaran program lain
9. Zumba / junior zumbathon
10. Sukan ekstrim - roller blade/skateboard (Boleh buat EXTREME TALENT... panggil yang berbakat je untuk tunjuk skill... Sesuai la untuk sekolah menengah...)
11. Remote control car
12. Go-cart
13. Fun run - boleh buat larian bertema... tema buah-buahan ke... tema kartun ke... yang ni dikongsikan oleh sahabat saya... Cikgu Aishah, PK Koko SK Kuala Telemong, Terengganu)
14. Santai cergas - main teng teng ke... pertandingan kupas kulit kelapa ke... Hahaha... apa-apa yang santai tapi boleh keluarkan peluh... gitewww!
15. Pertandingan photo terbaik / selfie paling kreatif
Yang ni kena ada seorang yang handle phone... Dan beberapa orang lagi membantu untuk pilih gambar...
16. Mr macho- bina badan (Yang ni mungkin lebih kepada demonstrasi sahaja... Mungkin ada guru-guru atau ibubapa yang berminat... boleh la ajak join! Hehe)
17. Tarik tali
18. Pameran agensi kerajaan atau agensi berkaitan kesihatan seperti kolej kesihatan, syarikat insurans, hospital, kementerian kesihatan dll...
19. Clean walk - jalan sambil kutip sampah - Sekarang kan viral video-video masyarakat kita hari ni yang ambil inisiatif untuk kutip sampah sambil mereka beriadah / berjogging...
20. Futsal
21. 10,000 tapak!
22. Pertandingan mewarna / melukis poster
23. Sukan dalaman -congkak, sahibba, scrabble, dam, dart, carrom dll
24. Lontar peluru
25. Tic tac toe


26. Demonstrasi Seni mempertahankan diri
27. Explorace
28. Program celik sukan - ikut kemahiran guru yg ada di sekolah... chess ke bola ke apa ke...
29. Kempen Derma darah - yang ni boleh libatkan ibubapa dan komuniti...
30. Relay obstacles fun run - Larian berhalangan
31. Fitness test - check darah tinggi, kencing manis dll
32. Cabutan bertuah
33. Giant snake and ladder
34. Teng teng / lompat tali
35. Art and craft - lukis muka/buat gelang/rantai beads
36. Gusti lengan


37. Aktiviti ala fun fair
38. Urutan refleksologi
39. Chef cilik - murid sedia makanan berkhasiat
40. Pertandingan mengukir buah-buahan
41. jump rope
42. E-sport

Ok gais, pandai-pandailah merancang ye... Tak salah memilih acara yang mudah dilaksana, janji objektif tercapai. Jangan pilih acara yang gah tapi end up gagal dan objektif ke laut. 😁 Sekian sahaja perkongsian saya hari ini, Good luck untuk Hari Sukan Negara kat tempat korang! Babai...

Nota kaki: If you fail to plan, you're planning to fail. Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal... 

2 comments: