Perkongsian Idea Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 2 October 2018

Perkongsian Idea Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan


Assalamualaikum...

Cikgu Maziati Marzuki, dari SK Panggau, Perlis, telah berkongsi gambar-gambar projek keceriaan yang telah dibuat di sekolah beliau baru-baru ini. Sekolah ini telah menyertai Pertandingan Kecerian Bulan Kebangsaan 2018 yang mana mereka perlu menghias, menghasilkan projek dan memurnikan kawasan sekolah dengan tema Hari Kebangsaan. Sekolah ni berada dalam Top 3 dalam negeri Perlis. Fuhh! Hebat juga... Bukan nak kata, benda macam ni memang memerlukan komitmen dan kerjasama dari semua... Pentadbir, guru, murid, ibubapa, pekerja semuanya kena bergabung tenaga... 

Ni antara gambar-gambar yang dikongsikan. Semoga dengan adanya perkongsian seperti ini, lebih banyak lagi sekolah yang akan menyertai pertandingan seperti ini pada masa akan datang... Thank you, Mak ndak, sudi share dengan kami semua... 😊


Penghasilan bendera menggunakan CD terpakai. CD disusun dan diikat atas net... Cantik jugak! Hehe... Botol mineral yang disusun menjadi bentuk bangunan KLCC tu hasil rekacipta murid.


Aktiviti anyaman tikar mengkuang... Hasil anyaman dijadikan bahan pameran.


Pertandingan replika sempena kemerdekaan...


Sudut bercerita dihiaskan dengan beberapa kuntum bunga raya gergasi dan bendera.


Hiasan yang diletakkan pada pondok sangat menceriakan dan bertemakan Hari Kemerdekaan. Bahan-bahan bacaan juga ditampal di dalam pondok untuk dimanfaatkan oleh murid-murid.


Pameran replika dan rekacipta oleh murid-murid tahap 1 dan 2... Nampak mudah, tapi nak mengendalikan acara macam ni, memang memerlukan komitmen yang sangat tinggi... Dalam erti kata yang lain, bukan senang nak senang... giteww! Hehe...


Formasi 61 tahun merdeka. Nampak simple tapi part nak susun murid... Fuhhh! Memang mencabar... Hehe... 

Nota kaki : There will be haters, there will be doubters, there will be non-believers and there will be you, proving them wrong... 

No comments:

Post a Comment