Team Building PPD Kinta Utara - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 24 January 2023

Team Building PPD Kinta Utara

 

Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah, setelah 2 tahun bertugas di PPD Kinta Utara, ini kali pertama saya menyertai Team Building yang dianjurkan. Ye lah... sebelum ni kan PKP dan kita terikat dengan pelbagai SOP Covid19... Memang tak dapatlah nak laksanakan program-program seperti ini... Kan! By the way, ni cerita 3 minggu lepas ye... 7 Januari 2023 kisahnya... 


Program dijalankan di Taman Eko Rimba Ulu Kinta... Kat kaki Gunung Korbu katanya... Gituh!~  Sebelum ni pernah tengok puncak Gunung Korbu masa hiking kat Bukit Bangkong... https://www.raihanjalaludin.com/2019/09/hiking-bukit-bangkong.html


Haaa... Nak ke situ, kami carpool... Naik beberapa kereta je. Share-share... Park dekat area empangan tu kemudian menapak jalan kaki ke tapak untuk berkumpul... Serius, ni first time saya sampai kat sini. Tak pernah pegi weh... 



Setiap team terdiri daripada 8-10 orang camtu... Kumpulan saya ada 9 orang ahli... Sorang tak dapat hadir so tinggal kami berlapan. Puan Siti Rahayu, Timbalan PPD... Puan Misah, Puan Syila, Encik Heri, Encik Hasri, Encik Yazid, Encik Asri dan saya sendiri... 


Saya tak sempat nak explore habis tempat ni, hanya berada di tapak kami berkumpul sampai ke akhir program. Kebetulan kumpulan saya punya 'site' berhampiran dengan tapak berkumpul tu, so dari mula sampai habis program, memang dok kat situ je lah... Taat setia kepada team Anggerik katanya! Bhahaha...


Yang pasti ada tandas disediakan kat situ. Cuma tandasnya terletak diatas bukit, so kena naik tangga kalau nak ke tandas ye... Kalau nak ke sungai, kena turun sikit melalui laluan yang ada tapi dari tempat kami berkumpul tu agak tinggi la jugak kalau nak turun ke sungai... So, memang takde siapa ahli kumpulan saya yang ke sungai pun. Semua dok ataihhh... Haha. Kiranya tapak kami berkumpul tu berada ditengah-tengah... kat bawah, sungai... atas ada tandas. Gituh... Dah kenapa aku cerita pasal tandas ni?! 😂


Kat belakang tu tangga nak naik ke toilet.. Hihi... Thank you kepada siapa yang tolong ambil gambar kami ni ya... 



Antara aktiviti kami pada hari tersebut adalah aktiviti ikhtiar hidup... Kami perlu memasak menggunakan buluh. Wahhh best jugak buat aktiviti ni... Main masak-masak kemain sakan... Siap nasi, sup ayam, gulai lemak ayam, ayam bakar, ikan bakar, air asam... Sayur kobis... Complete! Dalam hutan dah tentulah takde dapur gas, so silalah guna ranting kayu ye... Mujur ada ahli kumpulan yang pandai bab ni... Kalau harap saya, memang sampai kesudah la tak menyala api kot! Huhu...


Program berakhir tengahari tu... Bagi saya aktiviti camni okay la sebab takde la lasak sangat. Setakat masak-masak, main game, happy-happy gitu... Ni macam lebih kepada release tension... Maklum la dah tua-tua ni, aktiviti santai-santai camni je lah yang selayaknya... Tak boleh nak buaihh-buaihh sangat sat gi terpeleot kaki, naya... Haha. Apa pun, tahniah kepada organizer... Kipidap!~ 💪💪 


Kredit : Tak pasti siapa punya kamera... Yang pasti dikalangan warga PPDKU. Pinjam gambaq naaa...


Rezeki ada pulak nasi lebih... Nasi yang dimasak dalam buluh. Dapatlah bawak balik sebatang... Gigih malam tu masak gulai lemak tulang ikan masin dengan nenas... Perghhh... Memang layan habis! Haha... Sedap tau nasi dalam buluh, wangi... Potong-potong, panaskan dalam microwave... Nyaman...



Nota kaki: If you want to be happy, do not dwell in the past, do not worry about the future, focus on living fully in the present!~

No comments:

Post a Comment