Hiking @ Bukit Bangkong - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 2 September 2019

Hiking @ Bukit Bangkong


Assalamualaikum gais!

Pagi semalam sekali lagi saya dengan Afny pergi mendaki bukit. Kali ni kami pilih untuk mendaki Bukit Bangkong yang terletak di Tanah Hitam, Chemor. Masuk simpang betul-betul dekat Balai Polis Tanah Hitam. Lepas tu terus je sampai jumpa kawasan parking... Parking kat situ free. 

Kami bertolak agak lewat sedikit semalam sebab kononnya Bukit ni tak setinggi Bukit Kledang... Huhu... So dengan confident kami tiba kat situ lebih kurang jam 7.50 pagi. Memulakan pendakian pada jam 8. Mula-mula lagi kami dah disambut dengan bukit yang curam. 45 darjah wehh... Kaki memang kena kuat ler... Tak kuat, silap-silap boleh tersungkur. Huhu... 


Tak lama berjalan, akan jumpa simpang. Kebetulan masa kami sampai kat simpang ni, takde orang langsung kat kawasan tu. Jadi kami ambil keputusan untuk ikut simpang sebelah kiri. Nampaknya keputusan yang kami buat kurang tepat! Huksss... Rupanya tu jalan nak ke Korbu View which is actually off road. Memang jungle trekking la jawabnya. Mula-mula okay lagi, melalui kawasan ladang kelapa sawit, jalan pun landai je, semakin jauh, semakin berhutan kiri kanan... Tapi kami masih gigih teruskan perjalanan walaupun tak jumpa sesapa pun masa tu... 


Tiba-tiba kami berselisih dengan 3 orang lelaki. Rasanya kaki hiking jugak ni sebab mereka bertiga pilih untuk lalu laluan tu... Hati jadi tak sedap bila seorang daripada lelaki tu tegur, Dik, korang berdua je ke? Beraninya! Hati-hati tau! Erkkk! Masa tu rasa nak patah balik ke belakang... Tapi, hati berbelah bahagi sebab rasanya macam dah 1/2 way dah... Hukks... Jadi kami teruskan jugak. 


Memang betul weii, sunyi sepi dalam hutan, memang kami berdua je... Isk isk... Hutan makin tebal, kami hanya ikut arah melalui petanda kat batang pokok yang di cat merah... Sempat la bergambar dengan view Gunung Korbu... Memang cantik! 



Lepas tu, semakin lama semakin hati berdebar. Makin sukar rintangan. Yelah, kita ni dah la kategori beginner, tetiba nak kena hiking dalam hutan, dengan bukit yang tinggi, curam, memang mencabar laa nak memanjat... Salah langkah, boleh tergolek masuk dalam lurah... 

Sampai ke kemuncak untuk pergi ke puncak, kami gagal teruskan kat situ... Sebab laluan tu memang tegak weihhh... berbatu-batu. Tapi tegak macam nak buat abseiling plak rasanya... Serius masa ni saya give up! Kalau tercedera memang niaya jer.... Ada tali je kat situ, tak tau siapa yang letak tali tu. tu pun tak la panjang mana pun... Tali pun kategori tali ampai je... Haha... So, masa tu kami decide untuk patah balik semula. Memang rasa hampa sebab tak teruskan tapi memang tak yakin. Bila hati dah tak yakin, baik blah jer... Nanti jadi apapa lagi susah! 


Tengah sibuk-sibuk nak turun bukit, terserempak pulak dengan couple tentera. Husband dia memang suruh kami teruskan je ke atas sebab katanya dah tak jauh. Habis je naik bukit tinggi menegak tu, akan sampai ke puncak! Dalam 5-10 minit je lagi. Saya surrender... Saya beritahu dia saya tak mampu nak teruskan sebab bukit tu tegak ya ampuuunnnn. Takut tergolek dalam lurah weiihhh... Huhu... Dia dah tentu tentera, dah biasa... Kita ni? Hahhahaa... 

Nak turun bukit tu pun jenuh weihh... Masa memanjat memang macam tak sedar, elok je step, cantik jer... Bila dah kat atas, barulah saya sedar yang rupanya saya dah panjat tinggi gilerrr... Gayat bila tengok ke bawah... Ada part yang kami terpaksa duduk untuk turun sebab memang licin dan cuak tengok ke bawah, kalau jatuh... Perghhh... Confirm masuk TV3! Hahahhaha... 


So, ladies kalau korang pergi sorang berdua je, tolong jangan ikut off road kat sini. Sangat-sangat-sangat sunyi. Zaman sekarang bukan nak takut hantu ke apa lagi dah, tapi kita lebih takutkan penjahat yang dah dok tunggu nak menyamun ke apa ke kat dalam hutan tu. Who knows! Satu lagi kalau tergolek kat dalam lurah tu, memang niaya... Sebab laluan tu orang tak lalu sangat. Apa pun aktiviti kita, keselamatan perlu diutamakan. Kalau dah tersilap lalu sini, jiwa memang kena kental weihh... Alhamdulillah, Allah lindungi kami hari ni. Mujurlah takde apa-apa yang buruk berlaku. Pengalaman ohh pengalaman... 


Apa pun, kami akan repeat lagi ke sini, insyaAllah... Kali ni kami akan ikut laluan trek biasa (simpang sebelah kanan). Laluan off road ni cukuplah sekali ni jer untuk jadi kenang-kenangan.... Hehhehee... Alhamdulillah walaupun meredah hutan, panjat sana panjat sini, badan tak rasa penat atau sakit-sakit. Mungkin sebab baru minggu lepas pegi hiking kat Bukit Kledang, so, badan dah mula adapt dah mula boleh terima aktiviti-aktiviti seperti ni... Hehehe... Syukur! Yang nak datang sini make sure pakai kasut yang sesuai sebab struktur jalan tak rata, ada jalan berbatu, ada jalan bertar, ada jalan yang bersimen... bertangga dsb. Okay, gais! Kongsi tempat hiking yang best kat komen ye... Kalau boleh yang ada jalan bertar laa... Senang sket kami yang beginner ni nak redah! Hhahahaha...

Nota kaki: She is at a place in her life where peace is her priority and negativity cannot exist! 

No comments:

Post a Comment