32 Tips Untuk Handle Murid Lemah (Slow Learner) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 4 September 2019

32 Tips Untuk Handle Murid Lemah (Slow Learner)


Assalamualaikum gais!
Ramai yang tengah cemas dengan UPSR skang ni... Hahahah... Termasuklah saya. Tapi takpe, kita tenang-tenang ajer... Chill. Doa banyak-banyak! InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja... Aamiin...

Hari ni saya nak berkongsi tips tentang bagaimana untuk handle murid-murid yang kategori lemah atau pun slow learner. Golongan murid seperti ini sebenarnya agak lambat sedikit dari murid-murid yang lain dan memerlukan perhatian yang lebih dari guru dan ibubapa. Kalau nak harap guru sahaja, memang takkan menjadi sebab peranan ibubapa di rumah juga sangat-sangat membantu! Serius!

Sepanjang 16 tahun mengajar (tetiba rasa dah tua), Hahhahaah... Beberapa kali juga saya diberikan kelas hujung untuk mengajar. Alhamdulillah, memang kalau dilihat dari segi perkembangan murid, agak perlahan dalam akademik. Namun, itu bukanlah alasan untuk guru tidak perform dalam kelas-kelas macam ni. Ajar je macam biasa. Silap-silap untuk kelas murid lemah, cikgu kena letak lebih effort lagi. Saya pun masih belajar dan belajar, bukan mudah nak handle murid yang slow, tapi percayalah, memang boleh... Cuma kita tak bolehlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kena tahu kemampuan mereka, kita push sedayanya... InsyaAllah... 

Ni antara 32 Tips untuk handle murid lemah yang boleh saya kongsikan. Tips ni bukan dari saya seorang je, saya juga dapat tips dari Cikgu Anny Suzany Binti Abdullah. Guru yang berpengalaman dan bagi saya memang saya salute sebab dia boleh handle murid  lemah dengan baik! So, benda baik, kita kutip jadikan pedoman... Banyak yang saya belajar dari dia. Terima kasih, kak! :) Tips ni juga bukanlah nak kata semuanya terbaik, saya pun masih mencari-cari lagi kaedah dan cara yang betul nak handle murid-murid lemah ni... Ni sekadar sharing melalui pengalaman kami je... 

Satu

Memula dapat kelas, terima dengan hati yang terbuka. Bila kita menerima dengan baik, secara automatik kita akan ikhlas nak mengajar. 

Dua

Bila berhadapan dengan murid lemah, kunci utama adalah bersabar. Ada sebab kenapa anda bersama mereka. Allah dah aturkan pertemuan tu. So, redho jer... Haha... 

Tiga

Kurangkan membebel. Serius, saya paling tak gemar orang membebel. Annoying weihhh... cakap bila perlu, tegur cukuplah sekadar teguran, tak perlu meleret-leret membebel... Budak pun tak suka nak dengar kita membebel. Sekali sekala, okay la... Bukan hari-hari. Kalau kerap sangat nanti depa cemuihh... Lama-lama nanti apa kita cakap, dah tak berkesan dah... Sebab budak dah bosan nak dengar.

Empat

Semasa aktiviti membaca, memang agak mencabar. Sebab ramai yang tak fokus, yang tak nak buka mulut membaca... So, masa aktiviti membaca, minta mereka simpan semua barang mereka. Kosongkan meja. Benda ni memang sangat membantu. Tambah-tambah kalau ada budak hyperaktif! Bila meja dah kosong, mudah sket depa nak fokus. Takde benda nak dipegang, nak dimain... 

Lima

Baca / mengeja perkataan bersama-sama, ulang banyak kali. 

Enam

Pastikan mereka duduk tegak, sebelum membaca / menulis.

Tujuh

Panggil beberapa orang murid untuk membaca, kalau mereka masih tak boleh baca, jangan marah, panggil kawan yang okay sikit untuk bantu. Kawan dia akan rasa bangga sebab boleh tolong ajar kawan membaca! Tak caya korang try... Hehe... 


Lapan

Reward - beri hadiah kepada murid yang perform dengan baik. Yang berdisiplin... Walaupun mereka lemah, tapi mereka juga berhak untuk mendapat penghargaan dengan token-token kecil yang dapat menggembirakan hati. 

Sembilan

Puji murid-murid yang berjaya membaca walaupun sekadar 1 perkataan dari 10 yang diajar. Motivasi kepada murid tu untuk terus belajar membaca..

Sepuluh 

Semasa murid menulis, memang penat sket la... Kena selalu ronda dalam kelas check sorang-sorang. Bukanlah ronda tiap masa tapi kena kerap la. Just nak make sure mereka still on track, buat keja yang diberi dan buat dengan teliti.


Sebelas

Sediakan kotak emergency alat tulis/pensel warna. Bukan bagi terus tapi bagi pinjam... Bukan apa, kadang kadang tak boleh nak salahkan murid 100%, murid tu memang dah sedia lemah dan perlu dibantu.. Jadi kita bantulah bab alat tulis. Kadang-kadang ada mak ayah yang tak berapa ambik kisah. Tak berapa peduli hal ni. Ada juga mak ayah yang prihatin, tapi anaknya pula asyik hilangkan barang... Cuai... So, dari budak tu merayau dalam kelas pinjam sana pinjam sini, lebih baik dia pinjam dari kotak emergency tu je.. Setiap kali masuk kelas, usung la kotak ni skali. Sebelum masalah timbul, baik kita sediakan dulu sikit-sikit... Bukan apa, nanti naik angin boleh moody sehari wooo! Hahaha...

Dua Belas

Libatkan ibubapa. Sentiasa bagi kata-kata semangat kepada parents. Sentiasa ingatkan mereka tentang hal-hal penting. Sometimes boleh ingatkan mereka untuk ingatkan anak-anak untuk asah pensel di rumah. Benda nampak simple je tapi impaknya murid tak buang masa mengasah pensel dalam kelas. Untuk murid tahap 1, Whatsapp group memang membantu. Bukan apa, segala surat makluman boleh masuk dalam tu, so that ibubapa tak terlepas pandang. Boleh ingatkan tentang kerja rumah, alat tulis, sikap murid dll... Maklumkan tentang pentingnya ada alat tulis sendiri... Ibubapa faham. InsyaAllah, akan ada perubahan! Takes time, tapi akan ada perubahan. Percayalah...


Tiga Belas

Boleh guna cop/sticker untuk memotivasikan murid. Budak-budak memang suka kalau ada cop ke sticker ke... Depa bangga! Hehe...

Empat Belas

Mata kena jadi macam mata lalat. Sentiasa alert especially time belajar membaca. Ada je yang tak buka mulut, tegur terus.. tersipu-sipu dia nanti. Pesan kat dia masa belajar membaca, mesti membaca. Jangan malas. Kalau tak, sampai bila-bila tak pandai baca. Kena selalu ingatkan murid. Beritahu rasional baca bersama-sama sebab kita nak mereka pandai baca!

Lima Belas

Kalau aktiviti menyanyi ke aktiviti baca dalam kumpulan ke, boleh cuba jadikan ia macam competition. Kumpulan yang perform dengan kuat dan jelas,  dapat point tinggi. Kalau ada hadiah, bagi hadiah, kalau takde just tepuk tangan je.. kadang-kadang saya suruh depa baca kuat kuat, tanpa jerit.. saya cakap nak bagi sampai kelas yang lain dengar suara depa... Serius wei, depa baca dengan penuh bersemangat skali. Depa memang rasa hebat bila pandai baca! Satu lagi, rasa hebat bila kelas lain dengar mereka membaca. Hehe...


Enam Belas

Untuk pengurusan buku, boleh labelkan buku dengan sticker bewarna. Selain itu, dulu masa kat sekolah lama saya, cikgu-cikgu suka cop gambar kat cover buku... Contoh depa cop gambar harimau... So, bila nak minta murid keluarkan buku, depa just sebut, keluarkan buku harimau... Budak akan cari dalam beg, buku harimau tu... Hehe...

Tujuh Belas

Siapkan latihan bersama-sama dalam kelas. Buat bersama-sama sehingga semua murid siap. Kalau ada yang tak siap pun mungkin seorang dua je. Kemudian kutip buku. Siap ke tak siap ke, kutip je buku... Ni untuk elak buku hilang/tak bawa dll isu lain...

Lapan Belas

Kalau bahan yang difotostat, kalau dapat tampalkan siap-siap dalam buku. Bukan apa, kadang-kadang buku kalau terlebih letak gam, mula la nampak comot dan melekat sana sini... Saya tak suka, jadi saya akan tampalkan bahan untuk mereka. Ni untuk tahun 1-2 laa...

Sembilan Belas

Banyakkan guna warna. Murid tahap 1 suka dengan warna. Barulah ceria kann! Haha... Untuk aktiviti menyuai (matching, boleh try guna warna)... Buat sesama. Contoh nombor 1, minta murid guna warna biru. Sebelum suaikan, minta mereka angkat pensel warna biru tu tinggi-tinggi... Cikgu check dulu, betul ke warna biru yang digunakan. Kemudian, boleh minta murid suaikan dengan warna tersebut. Kedua mungkin guna merah, ketiga purple, dll... Matching guna warna ni sebenarnya sedikit sebanyak memudahkan kita untuk menyemak. Senang nak tengok! Satu warna untuk 1 jawapan. Untuk bulat jawapan pun selalunya saya akan minta mereka guna warna. Tujuannya, kita nak murid tu alert dengan arahan guru, kemudian di samping tu murid belajar mengenal warna. 

Murid ni famous kat sekolah saya... Hyper. Haha...

Dua puluh

Semasa bincang jawapan. boleh minta mereka datang menulis jawapan kat whiteboard. Mereka memang suka dan rasa bangga bila mereka dapat menulis jawapan dengan betul... Ni pun salah satu cara nak motivate mereka terus belajar. Dengan cara ni kita akan nampak murid tu betul-betul engage dengan lesson kita... Dia akan berusaha untuk participate. Serius! Walaupun murid tu lemah, bagi je chance. Kalau salah, just minta murid lain bantu dia tulis dengan betul! Simple! Nak boost depa punya confidence jer sebenarnya...  :)


Dua puluh satu

Kejayaan PDP adalah bergantung kepada bagaimana guru mengurus murid sebelum bermulanya sesi pengajaran. Ni kes murid lemah dan yang jenis hyperaktif... Sebelum mula ngajar, kena control mereka dulu. Sampai semua dah ready, baru mula mengajar. Tak guna mengajar dalam kelas yang bising hiruk pikuk... Mereka tak akan beri perhatian. Sia-sia je. Ambil masa untuk tenangkan mereka dulu, selepas tu barulah kita mulakan mengajar. Memang untuk kelas yang bermasalah, kita akan buang masa beberapa minit. Tapi rasanya better buang 5-10 minit asalkan lepas tu kita dapat mengajar dengan aman dan tenang... Kann... Huhu...


Dua puluh dua

Murid bising, boleh cuba kaedah ni...





Dua puluh tiga

Berdoalah... Moga-moga diberi kekuatan untuk menghadapi segala macam kerenah murid. Huhu... Selain itu, kata-kata kita juga merupakan doa kepada mereka. Hati-hatilah saat mengeluarkan kata-kata kepada murid.

Dua puluh empat

Sentiasa positif & jangan wujudkan perasaan bias kepada murid-murid tu. Walaupun mereka lemah, mereka berhak untuk mendapat ilmu. Sentiasa bayangkan mereka umpama anak kita. Kalau anak kita bermasalah, dan cikgu taknak ajar anak kita tu, apa perasaan kita?


Dua puluh lima

Minta mereka bersihkan kelas sebelum memulakan PDP supaya keadaan lebih kondusif & selesa untuk mereka belajar. Sekurang-kurangnya minta mereka kutip sampah di sekeliling mereka... Atau minta bantuan dari seorang dua murid.

Dua puluh enam

Permudahkan bahan pengajaran. Walaupun mereka slow, tak bermaksud setiap hari kita kena ajar ABC jer... Boleh ikut silibus tapi permudahkan... Mulakan dengan yang paling basic... ulang sampai ok... Barulah beransur ke latihan yang lebih mencabar.


Dua puluh tujuh

Pelbagaikan kaedah pengajaran. Buat game spelling bee ke, aktiviti melukis ke, aktiviti soal jawab, semua yang simple dan sesuai dengan aras mereka. Budak-budak memang suka kalau ada art dalam pengajaran... Main tanah liat contohnya... Buat aktiviti simple yang budak suka dan bermanfaat.

Dua puluh lapan

Sentuh hati mereka. Huhu... Yang ni memang adakalanya berkesan. Kadang-kadang mereka ni kurang perhatian. Mereka nak kan perhatian dari kita. Kita tak tahu, ada murid yang latar belakangnya ada masalah keluarga, ada masalah kewangan, macam-macam. Jangan terkejut ada murid yang kena pukul kena marah sebelum mereka pergi ke sekolah... Ada kes macam ni! Serius... Pinjamkan telinga, Pinjamkan bahu seketika. Ada murid yang tersentuh bila kita caring pasal mereka, mereka akan dengar kata, boleh ikut cara kita, insyaAllah... sebab perasaan sayang tu dah wujud antara dia dengan gurunya. 

Dua puluh sembilan

Ketahuilah walaupun mereka lemah, mereka juga ada hati dan perasaan. Yang ni kadang-kadang ramai yang terlepas pandang. Nampak macam murid tu tak tau apa-apa. Silap! Murid yang lemah kadang-kadang mempunyai hati dan perasaan yang lebih sensitif dan mereka boleh sense cikgu mana yang ambil berat tentang mereka. Ini kelebihan yang Allah beri. Mereka tahu dengan siapa mereka nak luah perasaan.. Tahu cikgu mana yang tak suka mereka. Yes, they know! 

Tiga puluh

Yang ni bonus! Bonus jika pihak sekolah pun take part untuk ambil kisah tentang murid-murid seperti ini. Mereka ni masih boleh digilap lagi, kalau tak excellent kat akademik, mungkin boleh gilap dalam bidang sukan, sahsiah dsb. Mereka pun ada potensi dan boleh menyumbang kejayaan kepada sekolah kalau betul cara. 

Tiga puluh satu

Jangan beri harapan palsu. Kalau murid tu tak boleh, jujurlah... Maklumkan kepada ibubapa yang murid tu memang tak boleh dan memang memerlukan bimbingan. Jadi, parents akan maklum dan ada yang akan buat sesuatu... hantar tuisyen ke apa ke... Tau la depa nak bantu anak depa macam mana nanti. Tapi kalau kita asyik cakap anak depa okay, padahal tak okay, kesian laa kat budak tu. Tak dapat apa-apa kecuali sekadar fake hope je...


Tiga puluh dua

Dokumentasikan hasil kerja mereka. Ambil gambar send kat parents/group whatsapp. Benda ni serius boleh memotivasikan murid untuk buat lebih baik. Kalau dapat masukkan gambar ke FB/Instagram/blog. Ywng penting kena beritahu mereka... Serius, memang ramai yang akan buat beriya-iya weihhh... Bangga laa hasil kerja depa dapat masuk dalam blog/FB cikgu! Hehe... 

Diharap dengan perkongsian tips ni dapat membantu cikgu-cikgu yang mengajar murid-murid lemah/hyperaktif  untuk handle keadaan dengan baik... Selalunya memang ramai cikgu give up... Memang kadang-kadang rasa nak menangis. Kadang-kadang time depa buat hal, memang rasa nak rembat je sorang-sorang... Geram weii.... Hahahahah... Bukan mudah, tapi at least kita cubalah yang terbaik. InsyaAllah... Jangan salahkan depa jer... Sebab kita yang cikgu ni pun bukan betul semua... Kan... Huhu... Doakan yang baik-baik. Semoga kita sentiasa ada dalam ingatan dan doa mereka suatu masa nanti!

Kalau korang ada nak share pengalaman mengajar kelas lemah, meh share kat ruangan komen heh... Bolehlah kita sama-sama menimba ilmu, mencari solusi terbaik untuk handle murid-murid ni tanpa perlu rasa stress & marah-marah... Okay gais, take care! Cheers!~ 

Nota kaki : Strength isn't about how much you can handle before you break, it's about how much you can handle after you break!

2 comments:

  1. Terima-kasih Cikgu Raihan. Artikel ini sangat-sangat membantu saya dalam mendidik anak-anak prasekolah yang disangka lemah/lembam tapi kadangkala mereka sebenarnya belum bersedia. Tips yang diberi akan saya gunakan untuk membantu proses pembelajaran mereka.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sama-sama, cikgu! :)

    ReplyDelete