Enjin Carian Terbaik Untuk Kanak-Kanak (Search Engine For Kids) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 25 December 2015

Enjin Carian Terbaik Untuk Kanak-Kanak (Search Engine For Kids)



www.kiddle.co

Salah guna internet mungkin dapat dikurangkan sekiranya para ibu bapa peka dengan jenis enjin carian (Search Engine) yang digunakan oleh anak-anak. Tidak dinafikan, enjin carian Google, Ask.com, Yahoo, Bing Search dan lain-lain adalah antara enjin carian yang popular digunakan oleh seluruh masyarakat hari ini. Namun, kandungan carian kadangkala tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak. Selain mengubah setting kepada 'Safe Search', terdapat beberapa lagi enjin carian yang selamat untuk digunakan oleh pengguna dibawah umur contohnya http://www.dibdabdoo.com/www.kiddle.co dll

Kredit kepada Cikgu Normie dan Cikgu Mahani kerana berkongsikan info tentang enjin carian selamat yang mampu menapis isi (content) carian dimana ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak khususnya untuk carian yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Dengan 'interface' yang bercirikan keanak-anakan, tidak mustahil anak anda suka menggunakannya. www.kiddle.co

www.kiddle.co

Laman ini tidak menggunakan dot com (.com) sebaliknya menggunakan dot co (.co) yang membawa maksud CHILDREN ONLY. Anda boleh melihat sendiri fungsi-fungsi khas yang ditetapkan untuk laman ini di  https://m.kiddle.co/about.php Jika dilihat kepada tetapan fungsi, ternyata laman ini adalah laman yang selamat dan baik untuk digunakan di kalangan kanak-kanal. Selain itu, pengguna juga boleh meminta untuk membuat sekatan terhadap laman atau keyword tertentu. Pengguna perlu klik dan mengisi maklumat laman/keyword yang hendak di sekat (block) di laman utama kiddle.co. Rujuk 'site blocking' dan 'keyword blocking'.

Walau bagaimana pun, pemantauan secara terus menerus oleh ibu bapa terhadap penggunaan internet di kalangan anak-anak amat perlu kerana anak-anak ini masih terdedah dengan bahan tonton/bacaan yang kurang sesuai di lain-lain aplikasi/laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Telegram dll. Inilah dia, dunia tanpa sempadan!

Nota kaki : Forgive those who insult you, attack you, belittle you or take you for granted. But more than this... Forgive yourself for allowing them to hurt you. 😪

No comments:

Post a comment