Mengukur Dengan Telefon Pintar (Measure) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 3 November 2018

Mengukur Dengan Telefon Pintar (Measure)


Assalamualaikum.

Korang tahu tak sekarang ni ada beberapa aplikasi yang membolehkan kita mengukur ketinggian atau saiz sesuatu benda hanya dengan menggunakan telefon pintar. Fuh! Memang awesome! Menggunakan teknologi AR (Augmented Reality). Nampak tak betapa kita dah tak perlukan banyak benda dalam kehidupan seharian... Semua kita guna phone je... Tak mustahil suatu hari nanti akan ada tailor yang ukur badan customer dengan phone sahaja untuk tempah baju dsb... Siap ada measuring tape appear dalam screen... Memang hebat! 

Saya dah cuba aplikasi yang saya rasa memang sangat membantu dan bagus untuk digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari. Maklum la kadang-kadang ada je benda yang kita nak ukur, nak ukur banner la, nak ukur saiz meja la dll... Aplikasi tersebut adalah Measure (yang boleh di dapati bagi pengguna Apple ios 12), dan anda juga boleh cuba aplikasi AirMeasure - AR Tape & Ruler yang disokong oleh kedua-dua Andoid dan IOS, boleh di dapati di google play store serta Apps Store. Bukan setakat mengukur saiz dan ketinggian, anda juga boleh mengukur level untuk tengok ke sama rataan permukaan.

Screenshot di bawah adalah menunjukkan penggunaan aplikasi Measure. 

Pertama, anda perlu menggerakkan telefon sehingga bulatan dan titik seperti dalam gambar 1 muncul. Kemudian, anda bolehlah menggerakkannya ke titik permulaan untuk anda membuat satu-satu ukuran. Setelah itu, gerakkan bulatan setakat mana pengukuran yang anda mahukan... Semakin tinggi pengukuran, semakin besar nilai dan ia akan ditukar kepada unit yang lebih sesuai. Lihat gambar 2, ukuran yang diberikan adalah dalam cm. Semakin tinggi, unit ukuran akan berubah kepada inci dan sebagainya... Ni la tempat saya menunggu arwah mama kat ICU, Perak Community Specialist Hospital.

Selain aplikasi yang saya sebutkan ini, sebenarnya ada banyak lagi aplikasi untuk mengukur yang boleh anda dapati di Google Play Store. Untuk rujukan tambahan dan penerangan yang lebih detail tentang aplikasi-aplikasi tersebut, anda boleh merujuk di laman Joy of Android ni. Memang awesome! Pilihan di tangan anda untuk memilih mana satu aplikasi yang anda inginkan. 

Okaylah, semoga perkongsian ini bermanfaat. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan oleh Allah. Take care, gaise! Bye... 

Nota kaki : The only person you should try to be better than is the person who you were yesterday. 

No comments:

Post a Comment