Makmal Komputer & Pusat Akses SK Rapat Jaya 2019 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 17 February 2019

Makmal Komputer & Pusat Akses SK Rapat Jaya 2019



Assalamualaikum. 

Halluuu people! Korang okay ke? Minggu ni saya agak sibuk dan penat... Huhu... Pertamanya menyelesaikan urusan jadual waktu sekolah, jadual penggunaan makmal komputer & bilik akses, dalam masa yang sama saya sibuk selesaikan touch up makmal komputer... Pastu dapat jadual tambahan lagi 10 waktu pulak. Pheww... Kelas bertambah, cikgunya takde... Harap-harap masalah selesai segera. #stress 😏 

Kemudian kelmarin kami ada program motivasi pulak di sekolah... Saya terlibat dengan urusan masak-memasak untuk sediakan dinner untuk budak-budak ni... Haha... Masak-masak ni memang best tapi penatnya Allah je yang tahu. Tahniah kepada Cikgu Kamal yang bertungkus lumus menyediakan makanan untuk murid-murid sehingga ke tengahari semalam. Saya yang setakat tolong masak sayur dengan telur dadar untuk dinner pun rasa penat ya amat... Baru 100 orang makan... Camne nak bukak bisnes catering ni? Fail! Hahahaha... 😆

Ada nampak mummy happy? Hahahaha...

Alhamdulillah, dalam kesibukkan dihambat waktu menyiapkan itu dan ini, makmal komputer dan pusat akses di sekolah saya dah hampir 90% selesai di naiktaraf... Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Juruteknik komputer sekolah saya, Puan Norhayati Binti Isa atas kesudian membantu saya bersama-sama memurnikan pusat akses terutamanya... Katanya nak buat tema Lego. Saya okay je. Buat lah tema apa pun asalkan selesa. Makmal komputer pun kami touch up lagi demi memastikan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pekerja-pekerja yang sudi membantu kami sepanjang proses pembersihan, mengecat, alih barang dan lain-lain. Thank you so much! Saya percaya setiap kali kita memudahkan urusan orang lain, akan Allah hadirkan insan-insan yang akan memudahkan kita pula suatu hari nanti, insyaAllah...

Warna warni bilik akses & makmal komputer SKRJ

Dengan kemudahan yang ada, sekarang ni dedua makmal dan bilik akses akan digunakan untuk kelas. InsyaAllah kita cuba yang terbaik untuk client kita; cikgu-cikgu dan murid-murid... Doakan yang baik-baik... Diharap dengan keadaan bilik yang kondusif dan selesa untuk mengajar-belajar dapat memberikan impak yang positif kepada warga sekolah. Ni je yang termampu setakat ini... Macam biasa, saya memang suka keep simple saje... Minimalis katanya... Tak berlebih-lebih menghias. Cukup sekadar sedap mata memandang... Giteww! Mudah, kos pun tak tinggi sangat, kemas, selesa... Alhamdulillah...

Bilik akses. Yang comel tu haa Juruteknik Komputer Sekolah saya... Hehe...

Makmal Komputer
Logo KPM lupa plak nak update... Huhu... Nak kena print lain... 
Yang nak bahan-bahan untuk ditampal kat papan kenyataan makmal komputer, boleh download dari post saya yang terdahulu, CARTA & POSTER UNTUK MAKMAL KOMPUTER 

Post ini saya tulis adalah untuk menghargai kerjabuat Puan Norhayati (juruteknik komputer) dan pekerja-pekerja yang tak pernah mengeluh membantu saya dalam menyediakan prasarana yang baik kepada rakan-rakan guru & murid-murid di sekolah ini. Disamping itu, nak simpan jadikan kenangan kat blog ni! Thank you, Yat! Bergerak perlahan tak apa, asal konsisten... Bilik dah settle, lepas ni kena cuba fokus bab filing, penggunaan dan keberhasilan pula... InsyaAllah... Bilik akses pun dah mula aktif digunakan untuk kelas-kelas... Alhamdulillah...



Diharapkan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dapat memantapkan lagi pengurusan serta penggunaan ICT dikalangan warga SKRJ. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka-mereka yang telah memudahkan urusan saya. Ameen yra... :)

Nota kaki : Belajar keikhlasan dari akar pokok. Akar pokok itu letaknya tersembunyi dalam tanah, tidak banyak manusia yang peduli atau mengaguminya. Tapi dia terus bekerja siang dan malam demi kelangsungan hidup batang, dahan dan dedaun tanpa mengenal lelah... Fuhh! Deep betul ni... Huhu... 

No comments:

Post a comment