Translate Perkataan Dengan Sekali Imbas (Scan) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 29 May 2019

Translate Perkataan Dengan Sekali Imbas (Scan)


Hi gais! Assalamualaikum... 

Saya percaya, cuti panjang ni mesti ramai juga rakan-rakan yang mengambil kesempatan untuk melancong ke luar negara. Apps ni sedikit sebanyak membantu anda mengurus dari segi kefahaman bahasa asing terutama bila nak baca signboard, iklan dan sebagainya. 

Bagi saya apps ni agak menarik kerana anda boleh translate perkataan kepada bahasa yang dikehendaki dengan imbasan (scan) sahaja. So, bayangkan tengah jalan-jalan, nampak signboard, iklan ke apa ke, korang je on kan apps, dan halakan camera telefon ke arah signboard dan ia akan dialih bahasa secara automatik! Fuhhh... Memang best! Sangat cepat dan mudah nak digunakan. 

Rasanya mungkin ramai yang dah biasa menggunakannya... Apps yang nak saya perkenalkan ini adalah Google Translate. Jom pakat-pakat download apps ni kat telefon! Memang berguna... Berguna time kat negara orang, berguna juga time kita nak shopping makanan kat supermarket...  Kat supermarket skang ni kan ada macam-macam makanan dari luar negara... Kadang-kadang kita tak tau ingredient sesuatu makanan tu, walaupun ada logo 'halal' but still nak tau gak apa kandungan dalam makanan tu kan... maka boleh la gunakan apps ni untuk membantu kita translate bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut. 

Cara nak guna Apps Google Translate

1. Buka Apps. Tentukan Bahasa.

2. Pilih nak guna fungsi yang mana satu... Ada 4 fungsi kesemuanya... Camera, handwriting, conversation dan voice. Kalau nak scan gambar, pilih camera, pastu scan la perkataan ke signboard ke apa-apa je dan perkataan tersebut secara automatik akan bertukar kepada bahasa yang kita kehendaki.



3. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan kamera, halakan kepada perkataan yang hendak dialih bahasa, snap butang merah (macam nak ambik gambar), highlight kan perkataan yang dikehendaki, perkataan akan di translate secara automatik!

Download Google Translate Versi Android

Download Google Translate Versi IOS

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang semua... Jangan lupa share ilmu ni dengan rakan-rakan yang lain ye... Take care, gais! Babai... :)

Nota kaki : Jika ada yang membicarakan kekuranganmu, SENYUMLAH... Kekuranganmu saja bisa menarik perhatian mereka apatah lagi kelebihanmu... 😆

No comments:

Post a Comment