Aplikasi Graphic Design Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 6 November 2019

Aplikasi Graphic Design Mudah


Assalamualaikum.

Hai gais! Apa khabar? Hari ni saya nak share satu apps yang bagi saya memang agak baik terutama untuk korang yang suka nak buat poster, buku program, carta, kad ucapan dll di komputer... Pendek kata kalau korang memang minat designing, memang apps ni sesuai untuk korang! Sangat simple dan mudah digunakan. Try laa!~

<<Apa kelebihan Aplikasi DesignCap?>>

1. Mirip Aplikasi Canva. So, kalau korang biasa guna Canva, korang takkan ada masalah nak guna apps ni... Lebih kurang sama!

2. Mudah digunakan untuk editing sebab simple je, semua ada... Nak ubah font, bersepah font sedia ada... Macam-macam pattern... Macam-macam jenis...

3. Boleh acah-acah buat kerja designing macam Pro! Hahaha... Hasil memang letoppss! Awesome!

4. Ada banyak template yang menarik. Yang versi FREE pun dah banyak pattern, kalau upgrade ambil full licence lagi laa banyak... Macam-macam ada! Puas hati!

5. Takde isu copyright meskipun korang pakai versi PERCUMA.

6. Tugas dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. Guna je template sedia ada, edit sesikit. Siappp! Haha...

7. Arahan yang simple dan mudah nak digunakan. Klik-klik je, siappp! Hehe...

8. Editing sepenuhnya di komputer. Setakat ni takde lagi apps di telefon. Tapi sebenarnya untuk editing, saya memang prefer guna komputer, lebih mudah nak gerakkan apa-apa wording ke objek ke, nak kecikkan besarkan... Lebih mudah dengan komputer berbanding handphone.

9. Boleh simpan up to 1000 hasil kerja dalam tu. Ni untuk FULL PACKAGE la... Untuk FREE package, boleh simpan 5. So, kalau dah penuh, kena la delete hasil kerja yang sebelum-sebelum... Simpan dalam laptop je... Hehe... Pandai-pandai la kan... :)

<<Nak guna Aplikasi DesignCap untuk apa?>>

1. Semestinya untuk designing.

2. Untuk buat poster/banner majlis di sekolah.

3. Untuk buat kad jemputan untuk majlis di rumah atau sekolah. Boleh gunakan dalam format softcopy, so that korang boleh forward je dalam Telegram ke Whatsapp group je.

4. Boleh bagi murid buat aktiviti untuk kelab ICT ke untuk projek ke...

5. Untuk hasilkan infografik.

6. Untuk buat Youtube thumbnail pun boleh... Thumbnail ni adalah cover depan video. Kiranya mula-mula orang akan nampak thumbnail dulu sebelum nampak video korang sepenuhnya... Gituhh...

7. Buat logo pun boleh weihh...

8. Buat poster dalam kelas... Carta jadual bertugas ke, carta peraturan kelas, carta kata-kata motivasi dll...

9. Design business card sendiri... Dah design pastu korang hantar printing kat kedai!

10. Untuk buat brosur 3 panel majlis sekolah...

<<Tutorial Menggunakan Aplikasi DesignCap>>

1. Pergi ke laman https://www.designcap.com


2. Daftar akaun menggunakan akaun Gmail. Saya prefer guna Gmail... Korang nak guna akaun FB pun boleh jerr...


3. Pilih kategori... Nak buat flyers ke poster ke, thumbnail ke...


4. Pilih nak buat design tentang apa... (sub-category)  Kalau nak buat untuk fesyen, pilih fesyen, kalau nak buat untuk music ke apa ke... Pilih je yang sesuai dengan tema.


5. Buat pilihan template.


6. Boleh mula edit template. Nak masuk icon ke button ke... Benda yang korang dah masukkan dalam template boleh diubah, nak kecikkan ke besarkan ke, nak flip pun boleh jer...


7. Kalau nak masukkan photo (gambar), ada beratus ribu gambar... taip je nak gambar apa (in English), akan tersenarai nanti...


8. Nak masukkan gambar dari laptop pun boleh jer... korang upload je...


9. Kalau nak tukar font, klik je kat perkataan sedia ada. Pastu pilihlah jenis font yang korang nak... Taip la perkataan apa yang korang nak letak kat situ... Saiz, alignment, semua boleh adjust.


10. Bila dah siap hasil kerja korang, boleh save. Korang boleh simpan up to 1000 hasil kerja dalam tu kalau korang ada full licence.


11. Korang boleh download hasil kerja dalam format JPEG. Ni FREE jer... Untuk yang ada Full Licence, korang boleh download dalam 3 format yang berbeza, JPEG, PDF dan PNG!

** Untuk Full licence korang akan nampak icon diamond warna hijau tu... Hehe... Saya guna Full licence. Alhamdulillah, memang puas hati!


Sekian sahaja perkongsian kali ini. Bagi yang berminat nak gunakan apps ni, boleh start dengan yang Free Version. Nak lagi best, boleh beli lesen penuh! Serius, memang berbaloi-baloi! Selamat mencuba! Babai gais! Jangan lupa doakan saya... Assalamualaikum wbt.

Nota kaki : If you have the chance to make people happy, just do it. Sometimes people are struggling silently. Maybe, your act of kindness can make their day!

1 comment: