Cara Ubah Google Slides Landscape kepada Potrait - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 18 January 2020

Cara Ubah Google Slides Landscape kepada Potrait


Hai gais! Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share benda simple je, tapi saya selalu lupa nak buat macam mana... Jadi, saya nak abadikan ilmu ni dalam blog saya, senang lepas ni diri sendiri nak rujuk, boleh bukak blog sendiri jer... Hehe... 

Kadang-kadang slides ni kita nak guna yang bentuk potrait. Tapi kat Google Slides, setakat ni takde kaedah yang boleh klik terus untuk tukar ke potrait. Macam MS Power Point memang dah ada tetapan tu siap-siap... Klik je, terus berubah! Untuk Google Slide, tak susah pun nak ubah dari slide landscape menjadi potrait. Boleh setting secara manual... Hehe... Caranya adalah seperti berikut... Jom tengok!

First, klik kat FILE - PAGE SETUP


Kemudian, Klik pada CUSTOM. Setkan kepada INCHES.

Tukar 10 x 5.63 Inches kepada 7.5 x 10 Inches.

Klik APPLY.


Senang je kannn? Haa, lepas ni korang boleh try! Setakat ni kalau korang nak slides tu landscape, semua akan jadi landscape ye... Kalau nak potrait, semua akan jadi potrait... Setakat ni memang tak boleh nak campur landscape/potrait dalam satu file... Selamat mencuba! Babai...

Nota kaki : Kadang-kadang jatuh itu perlu supaya kamu dapat mengenal siapa yang menghulur tangannya, dan siapa yang sedang bertepuk tangan.

3 comments:

  1. Terima kasih atd perkgsian..

    ReplyDelete
  2. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often. detail slide boards review

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...dengan izin Allah..dpt jua jumpa ilmu di sini.2 3 hari saya duk cari jalan mcmane nak buat..still tgh belajar..trm kasih byk ye cg raihan...simple thing bg org lain..tp ilmu yg bermakna bg saya...salam kasih dr saya dungun trg

    ReplyDelete