Cara Remove Objek / Perkataan Yang Tidak Dikehendaki Dari Gambar - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 28 December 2021

Cara Remove Objek / Perkataan Yang Tidak Dikehendaki Dari Gambar



Assalamualaikum semua... 


Apa khabar? Okay, hari ni saya nak share cara bagaimana nak hilangkan objek atau perkataan dalam gambar. Kadang-kadang kita pergi ke tempat-tempat yang memang ramai orang, memang tak dapat nak elak orang lalu lalang semasa kita tengah bergambar... So, dengan adanya apps ni, kita delete je objek-objek tak sepatutnya ada dalam gambar kita tu... Mudah je rupanya... Tak sampai seminit boleh siap! 


Saya prefer guna phone jer... Sebab gambar memang ambil dari phone... 


1) Pertama, buka browser... Kemudian pergi ke laman https://cleanup.pictures/


2) Klik pada TAP HERE TO LOAD YOUR PICTURE


3) Pilih gambar yang hendak diedit



4) Tandakan objek yang hendak dipadamkan. 


5) Setelah selesai, boleh save semula gambar dalam telefon. Siap!~




Seriously saya sangat teruja dengan apps ni kerana gambar memang nampak macam tak diedit... Macam pro sangat! Haha... Takde nampak lompong kosong ke, warna putih ke hitam ke apa ke... Lepas objek yang kita tak nak tu dah dipadam, elok pulak latar belakang gambar tu nampak macam biasa jer... Nampak tak kemajuan teknologi hari ni... Semakin hari semakin paduuuuu!


Nota kaki : Your mind is a powerful thing. When you fill it with positive thoughts, your life will start to change. 

No comments:

Post a Comment