Kad Ucapan / Jemputan Digital - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 29 May 2022

Kad Ucapan / Jemputan Digital



Assalamualaikum semua...


Hai! Apa khabar semua? Terima kasih kepada rakan-rakan yang PM bertanya khabar... Alhamdulillah, saya okay cuma sedikit sibuk... Huhu... Doakan saya diberi kelapangan & kesempatan untuk menulis dan berkongsi ilmu di blog ini ya. Moga-moga Allah izinkan... Aamiin...


Saya terjumpa satu laman yang agak menarik untuk menyediakan kad ucapan atau pun kad jemputan secara digital... Yang menariknya, kad digital ini mirip kad sebenar dimana penerima akan menerima kad dalam sampul surat. Masa dorang klik sampul surat tu serius macam real sangat... interaktif tau! Korang try la...


Oh ya, satu lagi kad-kad ni boleh edit tau... Nak masukkan ucapan ke, gambar ke, memang boleh sangat... Kalau ada bajet boleh la ambil design premium... Kalau tidak, guna yang free jer... Itu pun dah berbaloi sangat... Sebab cun giler!Yang free pun ada banyak design... Pilih je mana yang berkenan. Serius... Tak percaya, cuba try create satu kad... Letoppps! 😁


Cara Membuat Kad Ucapan / Jemputan Digital


1) Pergi ke laman https://www.greetingsisland.com/


2) Daftar masuk. Sekiranya tak nak mendaftar pun boleh buat kad juga cuma tak boleh nak simpan draft... Hehe...


3) Memilih jenis kad. Nak kad kawen ke kad birthday ke... atau apa-apa kad lain... Mungkin kad jemputan ke majlis persaraan, kad jemputan hari sukan dll...


4) Boleh pilih layout... Nak masuk perkataan sahaja ke... Nak masuk gambar skali ke... terpulang... Boleh edit perkataan & font.


5) Siapkan muka terakhir... Nak tambah ucapan ke gambar ke... 

6) Kemudian, pilih SEND ONLINE.


6) Okay, dah siap... Copy link yang diberikan. Bolehlah kongsikan kepada penerima kad. Yay!~




Ni antara kad yang saya pernah buat & beri kepada keluarga... Sweet tak saya? Hahahaha... Okay lah, sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga bermanfaat. Lepas ni kalau nak invite parents atau rakan guru ke majlis / acara sekolah... Mungkin boleh try buat kad camnih... Simple & menarik! Gituhh... Bye, gais! 😘


Nota kaki : Sahabat adalah orang yang selalu menunjukkan kebenaran, bukan yang selalu membenarkan.

No comments:

Post a Comment