Resepi : Kek Planta Noxxa - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 23 June 2018

Resepi : Kek Planta Noxxa


Salam aidilfitri, gaise! Saya ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Raihan Jalaludin's Blog ni... Mohon maaf andai ada terkasar bahasa... Mana lah tau kot-kot ada yang terasa hati dengan tulisan saya, maafkan saya ya... Kosong-kosong tau! 😊

Agak lama tak bersiaran kali ni... Menyepi seketika. Huhu... Hari ni saya nak share resepi kek planta yang saya cuba buat menggunakan periuk Noxxa. Ni first post tentang periuk Noxxa. Memang periuk ni curlasttt uollsss... Macam-macam resepi boleh buat guna periuk ni. Nak steam boleh, nak bakar boleh, nak goreng nak merebus... memang segalanya cepat. Yes, saya agak ketinggalan, ramai yang dah pun memiliki periuk ni. Periuk ni agak mahal bagi rakyat marhaen macam saya ni, jadi, terfikir-fikir nak membelinya... Tambahan pula bila tengok review macam-macam yang ditulis oleh pengguna Noxxa, tak tau nak percaya ke tidak, sampailah awal bulan haritu, saya terdetik nak hadiahkan sebuah periuk ni kepada mama saya. Bila dah try guna, I can say, memang berbaloi-baloi... Tak rugi membelinya. Memang aktif menggunakannya tambah-tambah musim raya ni, ramai tetamu kot... Syok plak masak-masak. Hahahahah... 

Hari ni saya saja test buat kek guna Noxxa. Dalam hati memang dah set untuk REDHA kalau tak jadik... Muahaha... Set awal-awal supaya tak kecewa lebih... Kikiki... Tapi, alhamdulillah, kek menjadik! Yay! Okay, ni resepinya... Kalau korang nak try, silakan... Senang saja... 

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan planta
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur (saya guna gred C), kalau gred A, boleh pakai 3 biji je...
2 sudu besar susu pekat manis
Pewarna makanan (optional)
Hirisan badam / chocolate chips (optional) 


Cara-Caranya

1. Ayak tepung dan baking powder
2. Pukul planta, gula dan esen vanilla sehingga kembang. Saya guna mesen chopper bawang (tengok kat gambar) je untuk buat aktiviti ni... Huhuhuu... Maklumlah, saya memang malas nak adun-adun bahan secara manual... Huhuu... Tak koser... 


3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji... masuk sebijik, pukul... masuk sebijik lagi... sambung pukul... dan gitulah sampai selesai 4 bijik ye...
4. Masukkan susu pekat manis tu, sambung pukul lagi...
5. Campurkan bahan-bahan tu dengan tepung dan baking powder yang dah diayak tu. Ratakan, make sure takde tepung yang berketul-ketul lagi...
6. Kalau korang rajin, boleh bahagikan batter tu kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pelbagai warna. Kalau tak nak, boleh terus masukkan batter tu dalam Noxxa korang heh...


7. Jangan lupa sapu sekeliling inner pot Noxxa tu dengan sedikit planta supaya kek tu nanti tak melekat...
8. Layerkan batter mengikut warna dan corak kegemaran korang dalam inner pot. Last sekali letak la topping kegemaran. Nak letak kacang ke badam ke coklat rice ke... tak kisah!
9. Setkan Steam 18. 
10. Bila dah siap masak, off kan periuk dan biarkan kek tu jap dalam periuk tu dalam 5 minit lagi... Kemudian, buka penutup, sejukkan, pastu boleh laa keluarkan dari periuk. Walaupun guna fungsi steam pada Noxxa, tapi korang akan dapat hasil macam korang bakar kek tu... Perghhh... Magic! Hahahahaa... Saya suka saya suka! 😂

Tips: Pengunaan button STEAM dengan nawaitu untuk MEMBAKAR kek, akan menyebabkan periuk korang berbunyi bip bip sepanjang ia masak... So bertabah je la ye telinga mendengar bunyi tu. Hehe...

Selamat mencuba! Nah saya belanja satu lagu raya untuk korang semua... Terimalah... Hehe...


Nota kaki: Don't trust everything you see. Even salt looks like sugar! 

2 comments: