Perpustakaan Digital (Digital Library) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 7 September 2018

Perpustakaan Digital (Digital Library)


Haluu gais! Apa khabar? Cuti 4 hari ni korang ke mana? Hehe... Enjoy your holidays ya! Hari ni saya nak share beberapa perpustakaan digital (Digital Library) yang saya nampak agak bagus jika digunakan di sekolah rendah mahupun menengah. Malah ada juga beberapa Digital Library yang sesuai untuk penggunaan orang dewasa. 


Digital Library sebagai pengganti Pusat Sumber


Bagi sekolah yang perpustakaannya kecil, boleh la gunakan perpustakaan digital ni sebagai backup untuk murid-murid menjalankan aktiviti Nilam. Dalam perpustakaan digital, lazimnya terdapat buku-buku elektronik dalam bentuk PDF atau yang lebih menarik, ada juga buku interaktif disediakan. 


Program Nilam menerusi GOOGLE CLASSROOM (kemaskini pada 25/9/2020)


Selain di sekolah, anda juga boleh menempatkan digital library ni dalam Google Classroom anda dengan cara create class. Selain di Pusat Sumber Sekolah, murid-murid juga boleh menjalankan aktiviti Nilam menerusi Google Classroom di Makmal Komputer atau di rumah. Ini umpama projek serampang dua mata, Program Nilam dilaksanakan dan sekaligus dapat membantu meningkatkan penggunaan Google Classroom dikalangan murid-murid dan guru. 


e-book dan buku interaktif percuma


Ribuan bahan bacaan merangkumi e-book dan buku interaktif yang bewarna warni, sesuai untuk pelbagai peringkat umur dapat diakses secara percuma. Yang penting, murid dan guru-guru disekolah tahu tentang kewujudan digital library agar mereka dapat memanfaatkannya. 

Antara digital library menarik adalah seperti yang di bawah ni ye... 

1) Mengandungi bahan bacaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 


(Gunakan search bar untuk mencari buku)

2) Koleksi Buku Cerita Kanak-kanak (Bahasa Melayu) 


3) Merangkumi Buku fiksyen dan non-fiksyen pelbagai genre
 (free online books - lifestyle, children, health, fitness, science, technology etc)


4) Koleksi Cerita Kanak-kanak Bahasa Inggeris (Short stories)


5) Koleksi Buku Cerita Kanak-kanak (Bahasa Inggeris) 


6) Koleksi Buku Interaktif Cerita Kanak-kanak (Children's Interactive e-book)


Okay, sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Sekiranya korang tahu digital library yang lain, selain dari yang saya senaraikan di atas ni, sila tuliskan diruangan komen supaya kita dapat sama-sama memanfaatkannya dengan murid-murid. Take care, gais! Assalamualaikum... 

Nota kaki: One of the hardest part of life is deciding to walk away or to try harder. 

10 comments:

  1. I like it, thanks so much Sifu Ann

    ReplyDelete
  2. wow..terima kasih berkongsi buku.... jika ada buku ilbmiah baik juga.....contoh..buku pedagogi...pendidikan...

    ReplyDelete
  3. TErima kasih banyak cikgu. Minta halal ya saya download buku

    ReplyDelete
  4. salam cikgu..nak minta kebenaran guna link2 digital library di atas untuk bacaan murid2 swkolah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Link link yang sangat berguna untuk kegunaan pelajar

    https://tutor-spm.blogspot.com/p/kelas-tutor-spm.html
    https://kelasmengaji-alquran.blogspot.com/p/kelas-mengaji-al-quran.html

    ReplyDelete