150++ Tajuk untuk Aktiviti Speaker's Corner - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 19 September 2018

150++ Tajuk untuk Aktiviti Speaker's Corner


Assalamualaikum...

Hai semua! Sekolah korang dah ada Sudut Pidato (Speaker's Corner) ke belum? Sudut ni memang wajib diwujudkan di sekolah ye sebab dah ada surat arahan dari KPM. Boleh rujuk surat siaran kat bawah ni haa...

 























Pagi tadi, seorang rakan saya, Cikgu Siti Hafiza Shamsuddin dari SK Gading Jaya, Kuantan, Pahang telah berkongsi tajuk-tajuk yang boleh diberikan kepada murid-murid untuk dijalankan kat Speaker's Corner ni... Rajin cikgu ni mencari tajuk-tajuk yang sesuai terutama untuk murid-murid sekolah rendah. Saya kira-kira, ada lebih 150 tajuk kesemuanya. Fuh! Huhu... Ada juga tajuk yang sesuai untuk murid sekolah menengah. Pandai-pandailah pilih ye... Ikut kesesuaian aras murid di sekolah anda.. 

One good thing yang saya nampak, Sudut Pidato (Speaker's Corner) ni memang bagus dalam membantu meningkatkan keyakinan murid-murid dalam menyampaikan hujah. Bermula dengan tajuk-tajuk yang 'ringan' dan santai, lama-kelamaan bila murid sudah biasa dan yakin untuk bercakap, mereka secara tidak langsung akan lebih berani menyuarakan pendapat dan tidak kekok apabila bercakap dikhalayak ramai. Bagi guru-guru yang berminat untuk mengambil idea beliau, silakan download dari link di bawah tu ye... 


Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan guru yang lain dalam menjalankan aktiviti Speaker's Corner di sekolah masing-masing. Oh ye, nak claim sebagai program HIP pun boleh jer ni... Hehe... 2 in 1 gitewww! Good luck!

Berikut adalah video rakaman pengucapan awam murid yang dikongsikan oleh Cikgu Saiful Nizam (Cekgu Cepoi) dan Teacher Norlela Alias dari SK Sungai Tengi, Hulu Selangor. Cantik gak dorang punya Speaker's Corner, kannn! 😄



Nota kaki: Never waste your time trying to explain who you are to people who are committed to misunderstanding you. Penilaian manusia tak akan sama dengan penilaian Allah. 

6 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih cikgu, mohon kongsi ya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  3. Congrats N Keep Up Your Excellent Job
    Allah Bless U

    ReplyDelete
  4. Terimah kasih.....cikgu.bagus cikgu letak ni supaya mereka semua dan termasuk saya faham.

    ReplyDelete