Aktiviti Tambahan Untuk NILAM - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 20 September 2018

Aktiviti Tambahan Untuk NILAM


Assalamualaikum...

Di sekolah, saya diamanahkan untuk handle satu kelas murid tahun 2 untuk aktiviti Nilam selama 30 minit setiap minggu. Selain itu, sebagai guru bahasa, memang ada slot Nilam dimana murid-murid perlu dibawa ke pusat sumber untuk membaca buku. Memang agak membosankan kalau setiap minggu asyik membaca buku je... Jadi, saya cuba pelbagaikan aktiviti agar mereka tak bosan sangat dan pada masa yang sama Nilam tu berjalan juga. Hehe...

Tempat berbeza

Selain di perpustakaan, kami juga menjalankan Nilam di dalam kelas dan juga dalam makmal komputer. Hahahaa... Cikgu ICT kannn! Dalam makmal pun jadi nak buat Nilam... Hehe...
Yelah, asyik tempat yang sama, bosan! Tukar-tukar tempat baca buku akan menimbulkan mood yang baharu... Pasni nak try buat Nilam kat kantin pulak... Sambil-sambil makan cekodok & minum sirap. 😁

11 Aktiviti Lain yang boleh dijalankan semasa Nilam

Selain mengisi buku nilam, ni program lain yg boleh dijalankan untuk mengembangkan potensi murid dari segi membina keyakinan, keberanian & kebolehan dalam bercerita dan menyampaikan maklumat.

- Aktiviti membaca kuat

- Aktiviti silent reading (membaca senyap)

- Aktiviti soal jawab secara lisan

- Aktiviti menjawab soalan berkaitan buku yang dibaca dalam lembaran kerja (Sesuai jika semua murid baca buku yang sama)
Saya gunakan digital library untuk buat aktiviti macam ni. Paparkan sebuah buku guna LCD, kemudian murid baca buku tersebut bersama-sama...

-Lakonan

- Aktiviti bercerita semula (retell story) dengan ayat dan kefahaman sendiri

- Aktiviti bercerita (menghafal cerita pendek)

- Aktiviti melukis watak dalam buku cerita

- Aktiviti bercerita tentang watak yang disukai/dibenci

- Menyatakan nilai moral yg terdapat dalam cerita

Bukti Murid Faham Apa Yang dibaca

30 minit #Nilam bersama murid Tahun 2. Nak buktikan mereka faham apa yang mereka baca, saya cuba buat sesi bercerita semula & hasilnya  memang awesome! 👍🏻👍🏻👍🏻 Darjah 2 sudah confident, faham teks & talented. Hebat! Lihat videonya...



Bagi menggalakkan murid-murid untuk mengambil bahagian, kadang-kadang saya akan sediakan reward. Bagi la pemadam ke pensel ke... Apa-apa pun boleh... Sekadar nak bagi mereka happy jer. Saya pernah reward mereka dengan memberikan mereka peluang menggunakan VR box untuk merasai pengalaman 'Virtual Reality'. Main game, tengok pemandangan 360 dll... Memang budak enjoy sangat! Hehe...


Okay, sekian sahaja perkongsian saya hari ni. Semoga bermanfaat! Bye! 😊

Nota kaki: Sejauh mana pucuknya meninggi, akarnya tetap mencecah bumi, lihatlah di mana mulanya berakar umbi, agar sentiasa sedar diri...

2 comments: