Resepi : Sup Tulang Noxxa - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 3 July 2018

Resepi : Sup Tulang Noxxa


Halluu gais!

Next post tentang Noxxa! LOL! 😂 Kali ni saya cuba buat sup tulang menggunakan periuk Noxxa. Katanya cepat dan pantas melembutkan daging. Yes, memang betul! Dalam masa 30-40 minit, tulang memang cukup lembut sampaikan isinya terlerai dari tulang... Memang awesome!

Actually, saya ni tak la banyak sangat ilmu memasak... Selalunya memasak by heart je, jadi tak la sukat beriya-iya segala rempah bagai, tapi oleh kerana kali ni nak di catatkan di sini, gigih saya sukat segalanya... Muahaha... Ni haa resepinya... Ambik pen lekaihhhh! Haha...

Resepi Sup Tulang 

Bahan-bahan:-

A
Bawang besar - 5 biji
Bawang putih - 12 ulas
Minyak untuk menumis
2kg tulang lembu
1/2kg daging
1 kiub Knorr - lembu
1-2 helai daun pandan
seikat daun ketumbar (tak perlu potong) - saya beli kat kedai runcit RM1
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
3 inci halia dihiris kasar (supaya senang nampak, senang nak buang... Hahha... Saya tak suka halia. Kalau tergigit... Ewww!)

B (Direbus dalam periuk lain sehingga mendidih)
2 sudu besar biji jintan manis 
2 sudu besar biji jintan putih 
3 sudu besar biji ketumbar
2 batang kayu manis
7 biji cengkih
5 biji buah pelaga
7 biji bunga lawang
air

Cara-caranya
1. Rebus bahan B dalam periuk.
2. Tumis bawang merah & bawang putih yang sudah di tumbuk/blend halus dalam noxxa. Guna sedikit sahaja minyak sebab tulang akan mengeluarkan banyak minyak nanti... Gunakan mode Stir Fry. Bila dah naik bau, boleh off periuk.
3. Masukkan semua bahan A dalam periuk.
4. Tuang air rebusan B (ditapis supaya sup korang bebas dari segala biji bijian dan rempah ratus... Kalau tergigit segala cengkih, buah pelaga, haduiii... memang FAIL! Hahhaha... So, better tapis hokayyy... boleh la makan sup tu sehingga ke titisan yang terakhir! LOL! Kemudian, penuhkan periuk dengan air paip sehingga garisan FULL
4. Setkan mode High Pressure 35-40
5. Jangan lupa keluarkan wap terlebih dahulu sebelum buka penutup.
6. Tambah garam jika perlu... SIAP!


Resepi Kicap Cili Padi

Bahan-bahan:-

Segenggam cili padi dibuang tangkai
Kicap manis (Kalau takde kicap manis, boleh pakai kicap biasa, tapi kena tambahkan gula secukupnya)
6-7 ulas bawang putih
Perahan limau nipis/kasturi secukupnya.

Cara-caranya
Blend kesemua bahan. 

Sup ni kami makan dengan mee/meehoon/kuehtiow bersama hirisan daun ketumbar&daun bawang, bawang goreng, lobak masin dan kicap cili padi... Boleh add on fishball/sayur kalau suka. Perghhh... Best wei! 😘

Nota kaki: Belief in destiny should give us the confidence to be patient. -Dr. Bilal Philips 

1 comment:

  1. Terima kasih..saya suka resepi sup tulang cara puan. Mudah dan bebas dari segala hampas2 rempah yg tidak diingini.

    ReplyDelete