Aktiviti Menarik Yang Boleh Dijalankan Selepas Peperiksaan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 8 October 2018

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dijalankan Selepas Peperiksaan


Assalamualaikum...

Peperiksaan UPSR sudah pun selesai beberapa hari yang lalu. Guru-guru tahun 6 semestinya sedang giat menjalankan macam-macam program untuk anak didik... Yes, memang ada banyak program yang sesuai untuk dijalankan bagi memenuhi masa murid-murid kita yang sedang ber 'honeymoon' menunggu keputusan peperiksaan. Rehat, rehat juga... Namun masa yang terluang perlu dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Okay, berikut adalah senarai aktiviti yang boleh dijalankan bersama murid di sekolah anda. Pilihlah yang bersesuaian dengan aras dan kebolehan mereka ya...

1. Gotong royong
Tak semestinya bersihkan keseluruhan kawasan sekolah, boleh je minta bantuan murid bersihkan bilik-bilik khas... Apa pun, pastikan anda ada bersama. Jangan serahkan 100% kerja nak membersih tu kat murid pulak... Nanti jadi isu pulak... Huhu... Mereka hanya membantu. Secara tak langsung boleh terapkan nilai murni; tolong menolong & kebersihan kat dorang...

2. Lawatan Sambil Belajar
Yang ni perlu ada perancangan awal terutama bila melibatkan perjalanan yang jauh, mungkin memerlukan tempat untuk bermalam, bas dan sebagainya...

3. Field Trip dengan Google Expedition
Yang ni paling mudah... Anda hanya perlu sediakan google cardboard atau pun VR box untuk membawa anak-anak murid anda melancong ke tempat-tempat yang menarik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh guide mereka so that mereka tak tersesat dalam ekspedisi tersebut. Hehe... Untuk buat aktiviti ni, perlu ada telefon pintar atau pun tablet. Murid-murid anda juga. Kesemua device perlu connect pada wifi yang sama... Bukan sahaja melawat tempat menarik tetapi mereka juga boleh melihat organ dalam tubuh kita secara dekat. Complete dengan label dan penerangan. Boleh try tengok video kat bawah ni heh...


4. Ceramah Alam Remaja
Untuk program ni sebaiknya boleh combine dengan panitia agama dan unit bimbingan kaunseling sekali... Boleh gak try panggil kot ada syarikat pad ke atau deodorant ke yang nak datang bagi sample kat murid-murid... Budak mesti suka sebab dapat barang free. Cikgu pun suka. Hehe...

5. Ceramah Anti Dadah / Pameran
Boleh invite AADK untuk bagi ceramah dan juga pameran. Program ni boleh joint venture dengan Unit Anti Dadah kat sekolah...

6. Art & Craft
Aktiviti ni budak perempuan memang suka laa... Tapi yang ni memerlukan modal. Beli segala beads (manik) bewarna warni, kemudian minta murid hasilkan rantai ke gelang ke... Tak pun buat pasu dari surat khabar ke... kan. Produk yang dihasilkan boleh dijual semula kepada murid-murid lain... Selain dari itu, boleh buat keychain, bookmark dan juga sepit rambut, cekak... lilit la segala reben yang ada... Confirm laku wehhh... See! Kejap je nak kumpul dana untuk budak-budak ni buat farewell party! LOL!

7. Bengkel dan amali - sembelihan
Untuk murid beragama Islam, bengkel macam ni memang sangat bermanfaat... Belajar tatacara menyembelih ayam misalnya, kemudian ayam tu apa lagi, goreng ler! Hehe...

8. Bengkel pengurusan jenazah
Program macam ni nampak macam agak 'berat' untuk murid sekolah rendah... Tapi boleh jer nak jalankan. Ilmu kann... :)

9. Hari Jualan
Yang menjual hanya murid tahun 6 sahaja dan pembeli terdiri daripada murid-murid lain... Sebaiknya murid-murid ada produk untuk dijual (rujuk point 6, 10) Program macam ni, kalau dapat kerjasama dari ibubapa, memang awesome laa... Silap-silap mak ayah dorang bantu sediakan makanan di rumah untuk mereka ni jual di sekolah. Jual sandwich, burger, minuman...

10. Berkebun
Yang ni pun best, try tanam dalam botol ke pasu kecil ke... Hasil tanaman boleh dijual kepada guru dan juga murid-murid... So, bolehlah kumpul dana untuk jamuan hujung tahun. Huhu... Hasil tak semestinya dijual, boleh je bagi dorang bawak balik. Mak ayah mesti teruja dapat sayur free... Hehe..

11. Little Chef
Masak-masak makanan yang simple. Buat jelly ke... buat sandwich ke... Kek cawan ke... Sambil-sambil dah masak tu, buat pertandingan hias makanan terus... Boleh cari resepi mudah-mudah macam buat kek cawan guna microwave ke... 2 minit, siapppp! :)


12. Pertandingan Nyanyian ala AF
Buat saringan ala-ala Akademi Fantasia... Hahahah... Dari 30 orang, mungkin 3-5 orang sahaja yang terpilih untuk ke pentas akhir... giteww... Pentas akhir tu maybe boleh minta mereka buat persembahan pada Hari kanak-kanak atau Hari Anugerah Cemerlang ke... atau mungkin pada hari majlis jamuan mereka pada hujung tahun nanti...

13. Mengecat Mural / Pasu / Meja / Tayar terpakai
Aktiviti ni dapat membantu murid-murid untuk mengasah kreativiti mereka dalam mencorakkan dinding, pasu dsb selain melatih mereka untuk bekerja dalam kumpulan dan memupuk semangat untuk menjaga kebersihan dan keindahan sekolah.

14. Bengkel Keselamatan Siber
Haaa... yang ni ada banyak bahan-bahan yang boleh dipaparkan kepada murid. Maklum la... Murid-murid sekarang kan biasa dengan media sosial... Elok la ingat-ingatkan mereka terutama bab keselamatan semasa menggunakan internet. Boleh google je atau pun cari kat Facebook - Klik Dengan Bijak Ada banyak gambar, video yang boleh anda perolehi dari youtube berkaitan keselamatan siber ni...

15. Menghasilkan bahan-bahan pameran mengikut panitia
Murid boleh menggunakan komputer atau menghasilkan bahan-bahan seperti carta, poster dll untuk ditampal di papan kenyataan. Laminate kan... Haa...tahun depan cikgu-cikgu hanya tampalkan je hasil mereka tu dalam kelas! 😁

16. Bengkel asas komputer
Ilmu ICT memang sangat berguna untuk murid-murid yang akan melangkah masuk ke sekolah menengah. Jadi, ada baiknya mereka diberi pendedahan serba sedikit tentang penggunaan Word, PowerPoint, Google Search dll. Senang nak buat folio dan macam-macam lagi projek bila dah naik ke sekolah menengah nanti...

17. Pertandingan membuat gubahan / ukir buah-buahan
Kadang-kadang kita tak tahu, murid-murid kita ni sebenarnya berbakat... Tengok la nanti gubahan yang dibuat jadi macam mana rupanya... Hihi

Ni ukiran tembikai... Orang kantin sekolah saya buat untuk guru yang bersara... Cantik kann! 💓
18. Sukaneka
Boleh try main game yang famous sekarang ni... tic tac toe dengan rock paper scissors... Best gak!



19. Party games


20. Pendedahan tentang subjek sekolah menengah
Cikgu-cikgu mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan latihan untuk persediaan murid-murid masuk ke sekolah menengah.

21. Ceramah Kerjaya
Sesuai untuk murid-murid lepasan PT3 dan SPM...

22. Permainan bahasa
Boleh check post lama saya... Permainan Bahasa Spontan Boleh buat untuk BM, BI, jawi pun ok kot... Hehe

23. Belon buih gergasi
Boleh rujuk resepi kat video ni...


24. Pameran Rekabentuk / Kesenian dll
Minta murid hasilkan projek tak kira buku skrap ke projek DIY ke dan buatkan sebagai bahan pameran...

25. Silap Mata
Nah tengok video ni...


26. Projek DIY
Ada banyak projek DIY yang menarik boleh dibuat bersama murid-murid. Google je takpun cari dalam Facebook... Best!

27. Scavenger Hunt
Murid-murid mencari item, mengikut bilangan atau warna tertentu dalam kumpulan... Permainan luar bilik darjah. Selalunya guru dah sediakan list senarai benda yang perlu mereka cari sebelum permainan bermula. Contohnya, murid cari 3 item bewarna merah. Untuk sekolah rendah, rujuk buku teks Bahasa Inggeris Tahun 5, muka surat 124.

Okay la... Cukup sampai sini sahaja dulu. Post ni paling lama tertangguh... Hampir sebulan nak siapkan. Sepatutnya post ni siap sebelum UPSR hari tu dah release. Huhu... Doakan semoga urusan saya dipermudahkan ya... Doakan juga agar mak saya kembali sihat. Terima kasih.

Nota kaki: Your heart knows things that your mind can't explain.

No comments:

Post a Comment