Mini Whiteboard Untuk Belajar Menulis Cantik - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 15 December 2016

Mini Whiteboard Untuk Belajar Menulis Cantik


Guru-guru yang mengajar subjek bahasa terutama sekali yang mengajar di tahap 1 mungkin memerlukan lembaran kerja seperti ini. Saya sediakan juga template kosong untuk digunakan semasa aktiviti menyalin dijalankan. 


Bagaimana untuk jadikan lembaran kerja ini sebagai 'mini whiteboard'?

Cara Pertama

Print kedua-dua lembaran kerja ini. Kemudian, laminate (kedua-dua lembaran yang disusun menghadap depan belakang, jadikan sekeping sahaja) dan sediakan sejumlah whiteboard marker pen bermata halus (fine) untuk melatih murid-murid menulis cantik. 
Cara Kedua

Print lembaran Mini Whiteboard. Kemudian, masukkan dalam plastik fail & sedia untuk digunakan! Serius, yang ni paling senang & jimat kos! Rujuk video ye... 



Cara Ketiga

Print lembaran Mini Whiteboard atau boleh guna kertas A4 kosong je, kemudian gunakan pembalut buku jenis sticker... Rujuk video kat bawah...



Download Mini Whiteboard sekarang!

Cara ini bukan sahaja menyeronokkan malah cikgu juga boleh berjimat dimana 'mini whiteboard' ini boleh disimpan dan digunakan berulang kali. Jangan lupa sediakan tisu atau span kecil untuk murid-murid membersihkan 'mini whiteboard' mereka setelah digunakan. Kalau ada kesan 'degil', boleh try gunakan hand sanitizer untuk membersihkan saki baki ink pen marker... :)

Kalau tak nak gunakan template bergaris biru merah ni, boleh je gunakan kertas A4 kosong, atau pun cari yang kotak-kotak, boleh la guna untuk subjek matematik! Hehe... Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat! Babai.

Nota kaki: Sad but true. No matter how good you are, someone is always going to be against you. But never let them be the limit of your success! 

No comments:

Post a Comment