Modul UPSR Bahasa Inggeris Mengikut Aras Murid (Paper 1 & Paper 2 & Answers) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 4 June 2017

Modul UPSR Bahasa Inggeris Mengikut Aras Murid (Paper 1 & Paper 2 & Answers)


Assalamualaikum...


Good morning, gaise! :D Baru lepas bersahur ni, semangat nak menulis post... Hehe...


Hari ni saya nak berkongsi bahan - Modul UPSR Bahasa Inggeris yang disediakan mengikut aras murid-murid (aras rendah, sederhana dan tinggi) untuk kertas 1 dan kertas 2. Bahan ini disediakan oleh guru-guru dan pegawai-pegawai pendidikan di PPD Kinta Utara pada tahun 2016 untuk kegunaan murid-murid Tahun 6 di bawah PPD Kinta Utara. I'm so proud of you guys yang bertungkus lumus menyediakan modul khas untuk membantu murid-murid di sekolah. Maklumlah, kertas Bahasa Inggeris UPSR yang berformat baru ni agak mencabar jika dibandingkan dengan format lama di mana murid-murid perlu menjawab soalan bertulis (Comprehension) yang mengandungi elemen KBAT dsb.


Saya tahu bukan mudah untuk menyediakan modul seperti ini. Ia memerlukan masa serta komitmen yang tinggi bagi menghasilkan modul seumpama ini. Memandangkan Modul yang dihasilkan ini saya nampak bagus dan patut diketengahkan, saya membuat keputusan untuk memohon kebenaran dari beberapa orang pegawai Bahasa Inggeris PPDKU supaya saya dapat kongsikan bahan ini dengan guru-guru di negeri/PPD lain. Malah, guru-guru di PPDKU sendiri pun rasanya ada yang tidak sedar akan kewujudan Modul ini. Cikgu Tahun 6, mungkin tahu lah... Tapi cikgu yang tak mengajar tahun 6, mungkin tak tahu pun Modul ni ada. UPSR pun dah dekat, jadi jika anda merasakan anda perlukan latihan tambahan untuk murid-murid anda, bolehlah download dari link di bawah... Tapi... Strictly for school use sahaja ya! :) Oh ya, untuk ibubapa yang nak download untuk anak-anak yang bakal mengambil UPSR tahun ni pun, silakan ya... Modul Format PDF lengkap dengan jawapan! That's awesome, right?! Awesome sebab ada jawapan sekali, senang nak semak! Haha...


Baiklah, sebelum anda semua men download bahan, suka saya perkenalkan siapakah orang-orang kuat yang terlibat dalam pembinaan kedua-dua modul ini. Kalau jumpa mereka ni dimana-mana, jangan lupa ucapkan Tahniah dan terima kasih atas usaha mereka ya! 😉







Last but not least, tahniah kepada guru-guru dan pegawai-pegawai PPDKU yang dah berjaya hasilkan sesuatu yang bermanfaat macam ni. Kepada Cik Noor Shallyna Bt. Khairuddin (DELO PPDKU) dan Puan Juliana Bt. Shaharum (SISC+ PPDKU), terima kasih kerana sudi benarkan saya kongsikan bahan ini dengan warga pendidik yang lain. Semoga ianya bermanfaat! Keep up the good work, gaise! 💖💖

Nota kaki : Confidence has no competition. 

30 comments:

  1. Tqvm kpd semua pihak yg menyediakan modup BI ini dan tqvm juga kpd Cg Raihan krn sudi share kpd kami. God bless all d good hearted ppl. Good job Cg Raihan. 👍👍😉😉

    ReplyDelete
  2. Tq.. moga Allah merahmati usaha semua pihak yang bertungkus-lumus menyediakan modul ini

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas doa dan ucapan..terima kasih juga kerana sudi ke blog saya.. semoga bahan yg dikongsikan bermanfaat utk semua! :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih puan Raihan..di bulan Ramadhan yg mulia ini..semoga Allah mudahkan urusanmu di atas perkongsian ini..thanks sangat2 ☺

    ReplyDelete
  5. Tq so much cikgu for the sharing...semoga Allah merahmati semua yg terlibat...

    ReplyDelete
  6. tq cikgu raihan...sgt2 membantu saya sekaligus membantu murid saya utk latih tubi sebelum upsr

    ReplyDelete
  7. tq for sharing this ...semoga Allah memberi rahmat dan rezeki kepada cikgu di masa akan datang

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wrt wbt. Terima kasih di atas perkongsian ini. Semoga yang trelibat didalam perkongsian sentiasa dalam rahmat Allah SWT. aamiinn

    ReplyDelete
  9. tq so much for your good deed! may God bless us!

    ReplyDelete
  10. Thank you very much for sharing. God bless

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Terimakasih Pn.Raihan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih banyak2.. For the beneficial sharing.. Amat2 membantu..

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing, send my best regards to those who had put their effort in completing the module. permission to use this in my district, salute!

    ReplyDelete
  14. a million thanks for those lovely piece

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing. Halalkan ilmu ni ye. Semoga Cg Raihan dan rakan rakan akan berjaya dunia akhirat..aamiin.

    ReplyDelete
  16. Thank you very much for sharing.

    ReplyDelete
  17. Terbaik kak ann..
    ado nama kawan sayalah..ainul husna..hihi

    ReplyDelete
  18. Tahniah Ckg Raihan. Thanks atas sharing ilmu ini. Bagi saya ilmu begini sangat baik dan berguna. Semoga cikgu terus maju dan diberkati Tuhan. Mohon izin share kepada yang memerlukan format baharu Bahasa Inggeris UPSR ini. Terbaik dan hebat cikgu.

    ReplyDelete
  19. Assalam..mohon share ya..semoga Allah membalas dgn kebaikan

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum / Hello /Hi

    Thank you to those people involved in preparing the modules. God bless you all.

    ReplyDelete
  21. SAYA DLOAD & GUNAKAN MODUL TUAN YA...TKASIH

    ReplyDelete
  22. thank u for sharing these moduls, may ALLAH PAY U IN JANNAH

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...thanks for sharing these modules..semoga cikgu raihan dan rakan2 yang menyediakan modul ini mendapat kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...thanks for sharing these modules..semoga cikgu raihan dan rakan2 yang menyediakan modul ini mendapat kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  25. terima kasih banyak2... moga kebaikan anda semua berpanjangan...

    ReplyDelete
  26. Terima kasih Cikgu. Mohon download

    ReplyDelete
  27. assalam Cikgu. Saya mohon download ye. tk

    ReplyDelete
  28. Terima Kasih banyak cikgu share bahan membantu. semoga murah rezeki cikgu sekeluarga

    ReplyDelete