Modul Gamifikasi Dalam PdPC via Frog VLE - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 1 September 2017

Modul Gamifikasi Dalam PdPC via Frog VLE


Salam Aidil Adha uolls..

Finally siap jugak modul ni. Huh... Ambil masa sebulan lebih jugak nak siapkan modul yang tak seberapa ni. Perasaan bila dah siap, tersangatlah heaven! Haha... Mana taknya, bulan Ogos bulan yang teramat busy... Jadual sangat-sangat padat dicampur pulak dengan mood yang kelaut untuk menulis, memang tak siap-siap la jawabnya...

Kali ni saya fokuskan kepada FrogPlay sebab ramai juga dikalangan cikgu-cikgu ni yang tak tahu lagi nak gunakan FrogPlay tu dalam PdPC... Sebenarnya FrogPlay ni lah benda paling mudah untuk cikgu cikgi macam kita ni gunakan, disamping memudahkan sesi pengajaran, ia juga secara tak langsung boleh membantu sekolah untuk mencapai KPI. Murid-murid memang suka FrogPlay ni... Yup, again saya nak tekankan, saya bercakap dalam konteks sekolah rendah ye, sebab saya ni cikgu sekolah rendah jer... Hehe... Di sekolah menengah, saya tak pasti situasinya bagaimana. Alhamdulillah, di sekolah rendah, murid-murid memang sangat sukakan FrogPlay ni sebab mereka boleh menjawab soalan sambil bermain game atas talian. Heee... Bestkan?! Dan... Tahukan anda bahawa FrogPlay ni ada beberapa kaedah untuk digunakan... Pertama adalah dengan meminta murid membuat carian latihan dan yang kedua adalah dengan cara paksaan, cikgu tetapkan terus latihan yang nak dijawab tu... Hehehe... Kiranya cikgu assign latihan FrogPlay tersebut sebagai Assignment lah...

Saya cadangkan Guru Penyelaras Bestari / GPICT sebar luas link blog saya ni kepada rakan-rakan guru di sekolah anda. At least, rakan-rakan anda boleh belajar gunakan FrogPlay ni dalam PdPC mereka dengan hanya menggunakan modul ni. Kalau ada bajet, boleh print satu copy untuk simpanan sekolah... Wuuhuuu... promote promote... Hahahaaa... Yelah benda bermanfaat, kenapa nak simpan-simpan kan... Share jer lah...

Okay sebelum saya terlupa, saya nak rakamkan jutaan terima kasih kepada Khairil Firmansyah, PTP Bandar Mersing kerana sudi jadi proofreader modul ni... Saya akui, modul saya ni tak sekemas dan secantik modul dia. Dia dah pakar, saya baru menuntut ilmu buat modul dari dia... Hehe... Walaupun dia tak berapa sihat dan busy pulak dengan event #Gojes2017, sempat jugak dia tolong saya check modul ni. Thanks Pirmannn!


Ni gambar kitaorang kat event #Gojes2017. Firman yang depan kanan sekali... Kikiiki...


Download :
Modul Gamifikasi Dalam PdPC via FrogPlay Versi Elektronik
Modul Gamifikasi Dalam PdPC via FrogPlay Versi Cetak



Semoga bahan yang dikongsikan bermanfaat untuk anda semua... Babai... Take care! :D


Nota kaki: If you lost something you never imagined you would ever lose, Allah will grant you, in its place, something you never imagined you would ever own. - Dr. Bilal Philips

26 comments:

  1. Good raihan
    Saya awang sulong pengetua smka dato haji abbas

    ReplyDelete
  2. Good raihan
    Saya awang sulong pengetua smka dato haji abbas

    ReplyDelete
  3. Welldone..Terima kasih banyak cikgu..Modul ini sangat membantu..mohon izin untuk download dan kongsi bersama rakan2 guru di sekolah..thank u again

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan share bahan ini dengan guru-guru yang lain... :)

      Delete
  4. FrogPlay membawa kita dalam PdPc ke abad ke-21. Guru sebagai pemudahcara. Pelajar belajar kendiri sambil bermain games dengan seronok sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu... saya setuju dengan pendapat cikgu. tujuan kita gunakan elemen ICT adalah untuk memudahkan, bukan menyusahkan... kan... :)

      Delete
  5. Tahniah atas usaha murni dan perkongsian modul yang cukup berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Tahniah !! Besar ganjarannya nim........ Semoga semya bwrmanfaat....

    ReplyDelete
  7. Tahniah ckgu raihan.. tq atas info2..

    ReplyDelete
  8. tahniah dan terima kasih cikgu. mohon izin untuk disebarkan dgn rakan2 guru yg lain

    ReplyDelete
  9. Terima kasih.. silakan share dgn rakan2 yg lain.. semoga bermanfaat! :)

    ReplyDelete
  10. Mohon share..semoga perkongsian ilmu ini diberkati allah selalu..

    ReplyDelete
  11. Mohon izin untuk dikongsi dan disebarluaskan. Moga usaha murni puan menjadi benih benih kebaikan dunia akhirat

    ReplyDelete
  12. Ameen.. terima kasih. Sila share dgn yg lain..

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih kak Raihan...mohon izin share

    ReplyDelete
  14. Tq so much.. maklumat yg amat berguna.. ilmu sangat2 yg berguna.. tahniah..

    ReplyDelete
  15. Good sharing Raihan.. Thank you

    ReplyDelete