Tips & Trick : Masalah Paparan Pada Laptop Bersaiz Kecil - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 20 September 2017

Tips & Trick : Masalah Paparan Pada Laptop Bersaiz Kecil


Salam...
Seringkali pengguna Laptop bersaiz kecil menghadapi masalah paparan yang tidak muncul sepenuhnya di kaca skrin. Kiranya paparan keluar separuh je... Terutama bila buka laman seperti HRMIS, Frog VLE ke, mesti ada masalah, tak nampak button Next la, tak nampak itu ini dan macam-macam lagi paparan yang tak keluar habis kat screen. Pengguna Netbook 1Malaysia pun tak lepas dari masalah ini... Hehe... Of coz pengguna Netbook 1Malaysia adalah terdiri dari kalangan guru ataupun pelajar sekolah... Jadi lepas ni jika ada rakan-rakan anda yang 'pelik' dan tercari-cari mengapa paparan di skrin mereka tak muncul, gunakan simple hack yang akan saya tunjukkan di bawah ni... Lepas tu nanti, anda bolehlah belakon konon-konon macam hero penyelamat dunia yang datang untuk membantu mereka... Mesti dorang teruja! Huahahaha...

Sebenarnya masalah ni boleh diatasi dengan hanya mempraktikan trick mudah iaitu dengan mengubah saiz paparan sedia ada dari 100% kepada saiz yang lebih kecil misalnya 75%... Sila rujuk gambar. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas ya... 

Gambar di atas adalah pelayar Google Chrome... Perkara yang sama boleh dilakukan pada pelayar Internet Explorer (IE) dan juga Mozilla Firefox... Cuma pada IE, tiga titik tersebut adalah dalam keadaan melintang dan di Mozilla Firefox pula, anda boleh klik pada 3 garisan kecil di sudut sebelah kanan... Fungsinya sama sahaja, untuk kita ubah setting, set bookmark dll...

Sekian sahaja perkongsian saya untuk malam ini... Take care, gaise! Good night! :)

Nota Kaki: Majulah tanpa menyingkirkan orang lain... Naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain, Berbahagialah tanpa menyakiti orang lain... 

No comments:

Post a comment