6 Langkah Penghasilan e-book Mudah & Ringkas - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 24 February 2018

6 Langkah Penghasilan e-book Mudah & Ringkas


Assalamualaikum readers & followers!

Dah dua bulan bersekolah ni mesti dah banyak perancangan dan program yang dirancang kannn! Saya nak share cara korang buat e-book simple menggunakan dokumen PDF yang korang ada. Misal kata korang ada buat nota untuk murid-murid, yes, guna e-book adalah yang terbaik. Ini kerana murid anda hanya perlukan link sahaja untuk baca nota anda tu melalui telefon bimbit atau pun tablet mahupun komputer. Cikgu-cikgu sejarah, cikgu geografi, Sains dll subjek, boleh try compile notes korang dalam satu dokumen PDF, kemudian jadikan ia e-book yang mana ia boleh di akses dimana-mana sahaja. Selain itu, untuk buku program yang tebal-tebal pun, korang boleh jer try guna e-book ni so that tak la membazir nak print banyak-banyak... Selalunya event yang akan memerlukan kita buat buku program tebal adalah seperti Kejohanan Sukan Tahunan, Minit Mesyuarat PIBG, Hari Anugerah Cemerlang dll. Untuk buku program 4 mukasurat pun boleh je nak jadikan e-book. Kisah! Janji letopss uolls! Hahahaa... Ehh... Untuk buku takwim & pengurusan sekolah pun boleh jer jadikan e-book tau like what I did last year, embed dalam FrogVLE sekolah, walla! Senang... Takyah nak usung buku lagi... :) Tahun ni saya dah level up guna android apps untuk buku takwim & pengurusan sekolah saya... Huhu... Sapa yang belum baca post saya bagaimana untuk hasilkan android apps tu boleh la baca kat sini hokay... Best kan dapat bereksplorasi dengan apps-apps ni... 😁

Sebenarnya ada beberapa aplikasi percuma yang boleh digunakan untuk buat e-book. Tapi hari ni saya nak perkenalkan satu sahaja which is Anyflip. Ni kiranya instant la. Sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak nak buat e-book. Korang sediakan je dokumen PDF, settle! Korang explore la habis-habis apps ni ya! Yang menariknya, penggunaan e-book ini adalah seiras (Betul ke perkataan 'seiras' ni? cikgu BM jangan marah naaa...  LOL 😆) dengan kaedah membaca buku sebenar, termasuk dari segi bunyi dan cara penggunaannya... Bunyi ala-ala selak buku giteww! Hehe... Selain itu, kelebihan menggunakan e-book berbanding buku sebenar adalah dimana paparan boleh di besarkan (zoom), boleh dikongsikan secara terus ke media sosial termasuk Facebook, G+, twitter dll. Boleh juga di embed ke dalam site Frog VLE atau pun blog anda. Untuk blog, korang copy embed link dan paste kan kat HTML ye. Gitulah kaedahnya... e-book tu akan display dalam blog post korang tu! Try la... Hehe... Oh ya, QR code pun akan dijana sekali secara automatik. Selain menjimatkan kos printing, ia juga mudah nak digunakan dan yang penting, tak perlu nak usung buku atau  lembaran-lembaran nota. Satu lagi features yang saya suka tentang Anyflip ni, anda boleh disabled kan e-book anda tu pada bila-bila masa sahaja. Acara dah habis, boleh 'tutup' buku program tu... Hehe

Okay, walau bagaimana pun, saya tak nafikan penggunaan e-book ni tetap ada kelemahan juga. Tak la banyak, sikit je. Yes, kita kena berpijak di bumi yang nyata kannn... Antara kelemahannya yang pertama adalah kebergantungan kepada internet. Wajib ada internet untuk mereka nak baca e-book korang tu ye... Kedua, kelajuan internet memainkan peranan kelajuan untuk display e-book tu... So, kalau internet suam-suam kuku, kena la bersabar sket untuk paparan tu display habis hokay! 😂

Jom kita tengok macam mana nak jadikan e-book...

Langkah 1
Pastikan anda sudah menyediakan bahan dalam bentuk PDF. Kemudian, pergi ke laman www.anyflip.com


Langkah 2
Klik Sign In, gunakan samada akaun Google atau akaun Facebook anda. Kemudian Klik ADD NEW BOOK


Langkah 3
Pilih Versi - yang ini tak perlu ubah... biarkan sahaja dalam format FLASH


Langkah 4
Masukkan sedikit info tentang buku anda tu... Muat naik bahan anda...


Langkah 5
Yang ni kalau rajin boleh laa tukar template... Optional! Tak nak pun takpe... Klik save!


Langkah 6
Okay dah boleh share e-book korang tu... Hehe... Kalau link tu panjang sangat, you can always shorten it... Kalau tak tau macam mana nak pendekkan URL, boleh baca kat sini ya... Nak guna QR Code pun boleh! :)


Untuk edit e-book, boleh klik kat button yaang pertama tu ye... kedua tu embed button, share button dll tu korang boleh explore sendiri la ye... Kalau nak full features, kena bayar. Tapi yang free features pun dah cukup awesome dah rasanya. Hehe...

Rasanya e-book boleh siap in less than 5 minutes kan...

Okay gaise. Selamat mencuba! Jom menuju kearah paperless. Gitewww! Kalau ikutkan ada lagi cara lain nak buat e-book, nantilah, kalau hakak rajin hakak share... Huhu... Babai!

Nota kaki: Kalau berhasil, bersyukurlah... dan kejarlah keberhasilan lain. Jika gagal, usaha lagi dan lagi. Jalan terus!~ 🤨

9 comments:

  1. terima kasih sista gorgeous...
    tengah usahakan buat words dulu ni.hahaha

    ReplyDelete
  2. Mxm mn nk masuk lagu fu latar

    ReplyDelete
  3. terima kasih info. mohon share.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.. Sgt terinspirasi

    ReplyDelete
  5. Thanks sis. Boleh ke kota buat ebook, lepas tu post je kat social media for free? Ke, better upload ebook dlm blog?

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg bermaanfat buat saya yg baru ni. Terima kasih.

    ReplyDelete