Tutorial Penggunaan Aplikasi Frogplay Pada Peranti Android - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 11 May 2018

Tutorial Penggunaan Aplikasi Frogplay Pada Peranti Android


Semua guru dan murid pasti teruja dengan adanya penambahbaikan ciri Frogplay yang kini sudah boleh di boleh diakses menerusi aplikasi yang dapat dimuat turun dari Google Play Store. Tambah-tambah di waktu cuti panjang yang tak dirancang sebegini, dah tentunya ibubapa dan guru-guru berasa runsing kerana peperiksaan pertengahan tahun bakal berlangsung tak lama lagi... So, apa lagi, mintak la anak-anak buka Frogplay! Jawab soalan-soalan di dalam tu... Setidaknya, terisi juga masa yang terluang tu kan... Hehe...

Hokayyy, ni saya sediakan tutorial bagaimana korang boleh guide anak-anak / anak murid korang macam mana nak gunakan Aplikasi Frogplay ni. Saya pun akan share post ni dengan ibubapa di sekolah saya, bukan apa, at least mereka boleh la tolong tengok-tengokkan anak-anak mereka guna apps ni... especially cara nak setting untuk penggunaan kali pertama tu... Bila dah set, next time dorang nak main, dan tak susah dah...

Langkah 1

Download Aplikasi Frogplay dari Google Play Store.

Langkah 2

Masukkan Kod Sekolah dalam ruangan yang di sediakan. Kalau korang tak tau kod sekolah, sila tanya cikgu sekolah atau pun lihat letterhead surat-surat sekolah anak korang, mesti ada di catatkan kod sekolah. Worse come to worst, korang boleh semak dari laman KPM... download la excel sheet senarai nama-nama sekolah kat Malaysia ni pastu sila gunakan Control +F key untuk mencari... Kalau tidak jenuh nak scroll... Hukks...

Kemudian, anda akan di bawa ke laman 1bestarinet, masukkan ID dan password...


Langkah 3

Bila sampai kat TERMS AND CONDITIONS, korang scroll laju-laju sampai ke bawah... pastu klik ACCEPT! Hehe...


Langkah 4

Klik kat icon ROKET tu untuk mula menjawab soalan... Yang best tentang Aplikasi Frogplay ni adalah anda boleh menggunakan peranti yang sama tanpa perlu LOGOUT walaupun pengguna berbeza dan dari sekolah yang berbeza... Switch account saja!~ 


Langkah 5

Pilih fasa... Lower Primary untuk Tahun 1-3 dan seterusnya... Kemudian, pilih subjek... Boleh filter mengikut tahun dan subjek secara lebih spesifik.


Langkah 6

Murid boleh menjawab terus soalan tanpa bermain atau pun boleh menjawab sambil bermain game. Kalau tak nak main game, klik kat  button hijau untuk disable kan game tersebut. Nak mula menjawab, klik pada butang pink yang macam butang play tu....

Sekiranya paparan gambar tak display, klik je kat anak panah kecil sebelah kanan (attachment).


Jawapan akan diberi sejurus selepas menjawab. Sekiranya jawapan salah, murid boleh memilih untuk menjawab sekali lagi atau skip untuk ke soalan seterusnya...


Ni contoh game...


Okay semua! Selamat bercuti dan selamat bereksplorasi dengan Aplikasi Frogplay ni ya... 💖

Boleh rujuk video tutorial penggunaan Aplikasi Frogplay, hasil perkongsian cikgu Muhammad AB Rahman


dan yang ini pula video berkenaan Aplikasi FrogPlay dari FrogAsia...


Nota kaki : Walau setinggi mana kita berada, walau yakin setara mana sekali pun dengan kedudukan kita, kalau Allah tak izinkan, kita takkan berada di situ. Moga-moga kita sentiasa dibawah limpah rahmatNya dan terpelihara dari segala kejahatan... Ameen. 😇

4 comments:

  1. Menarik, ada masa memang nak kena cuba ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sudi baca post tengah2 malam mcm ni... Hahahha...

      Delete
  2. Tq cikgu.. br dok download frogplay

    ReplyDelete
  3. baru tauu boleh download frogplay dekat google play! senangla nak belajar :D

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete