Cara Mencipta Akaun Google / Gmail - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 5 August 2018

Cara Mencipta Akaun Google / Gmail


Salam gaise!

Saya jangka memang sudah ramai yang menggunakan akaun google / gmail sekarang ni. Walau bagaimana pun, masih ramai juga yang takde akaun kan? Hehe... Apa yang menarik, setelah mendaftar, anda boleh terus mengakses ke aplikasi-aplikasi google yang lain seperti gmail, google drive, blogger, google calendar, hangouts dll tanpa perlu melakukan sebarang login. Kiranya, dengan sekali login sahaja anda boleh akses semua aplikasi yang disediakan... single sign-on giteww... 

Selain itu, sekiranya anda pengguna peranti android, adalah penting jika anda memiliki akaun google anda sendiri. Ini memudahkan untuk anda memantau aktiviti peranti anda. Anda juga boleh menggunakan akaun google anda di laman/aplikasi lain seperti Lazada, padlet, quizizz, kahoot dan banyak lagi bagi tujuan pendaftaran. Ia amat memudahkan apabila anda tidak lagi perlu memasukkan segala data seperti nama, email, tarikh lahir kerana semuanya akan diambil terus dari akaun google tersebut. Hanya pilih sign in menggunakan akaun google, aplikasi tersebut sudah sedia untuk digunakan! Mudahkan?! Hehe... 

Baik... Hari ini saya nak kongsikan bagaimana untuk mencipta akaun Google bagi mereka yang belum tahu, sila buka akaun cepat... Best tau! Hehe... Untuk yang share laptop, suami isteri, adik beradik, saya sarankan anda miliki satu akaun google personal supaya urusan anda tidak bercampur-campur dengan orang lain. Guna akaun sendiri, lebih baik. Urusan email juga lebih terancang selain anda juga akan menerima 15GB cloud based storage kat Google Drive... Best kan?! Saya sendiri ada beberapa akaun yang mana saya gunakan untuk urusan peribadi, sekolah, rasmi dll. 

Here we go... 

Gambar 1

***Let say korang tengok memang dah ada akaun yang sudah di log masuk, sila logout kan terlebih dahulu untuk mendaftar akaun korang pulak ye... (Rujuk gambar 2-3) Kalau takde, boleh terus lihat gambar ke - 4

Gambar 2

Gambar 3


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Okay, bila dah ada akaun, jangan lupa password pulak heh! Haahaahha... Catatlah password tu kat mana-mana atau sila hafalkan saja. Sekian sahaja dari saya... Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua! Babai... 😊

Nota kaki : "Leaders become great not because of their power but, because of their ability to empower others."

No comments:

Post a Comment