Cara Kreatif Mengajar Penulisan : Letter Writing Project - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 2 September 2018

Cara Kreatif Mengajar Penulisan : Letter Writing Project


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum semua. Saya nak share aktiviti penulisan surat yang saya jalankan bersama murid-murid Tahun 5. Oleh kerana aktiviti penulisan adalah aktiviti yang agak heavy untuk murid-murid saya, saya sentiasa memikirkan kaedah kreatif yang boleh saya jalankan untuk menarik minat mereka untuk terus belajar menulis dalam Bahasa Inggeris dengan seronok. Fun learning, giteww! Hehe. Saya nak semua murid saya belajar menulis surat disamping itu mereka juga perlu tahu cara sebenar menghantar surat menggunakan perkhidmatan pos. Ini ilmu kehidupan! Haha... At least, lepas habis projek ni, mereka dah tahu cara nak pos surat dengan betul.


Terima kasih, Pos Malaysia! 

Oleh kerana saya nak kan projek ni berjaya, saya usaha pergi ke Pejabat Pos untuk mendapatkan setem untuk setiap murid saya. Yelah, kalau nak harapkan murid-murid bawa sendiri berkemungkinan besar akan ada murid yang tak dapat nak mengadakan setem tu... kan. So, nak tak nak, saya gigihkan juga diri ni ke Pejabat Pos. Nak dijadikan cerita, bila saya bercerita nak buat projek dengan murid, akak kerani pos tu direct saya ke Pejabat Pos Besar Ipoh untuk dapatkan sampul khas #kirimanmerdeka. Kat tempat dia, sampul tu dah habis stok katanya. Free saja! Dalam hati memang malas giler nak pegi ke sana tapi kakak tu bersungguh-sungguh suruh pegi ambik sampul tu juga... Redha saja. Memang betul, rezeki apabila kebetulan pihak Pos Malaysia sedang menjalankan program #kirimanmerdeka dimana pengguna diberikan sampul surat khas percuma sepanjang bulan Ogos dan kos pengeposan adalah PERCUMA! Tak perlu setem. Syaratnya, sampul tu hanya boleh diletakkan kertas tak lebih dari 50gm dan perlu dipos selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2018. Sampulnya cantik wehh! 😍


Aktiviti penulisan surat dalam kelas

Pertama sekali, saya berikan pasangan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti ini. Murid A hantar surat kepada murid B (murid yang duduk disebelah murid A), murid B hantar ke murid C dan seterusnya. Murid terakhir, akan hantar surat kepada murid A.
Memandangkan kami sedang belajar tajuk Natural Disaster, murid-murid diminta untuk menulis surat kepada rakannya menceritakan pengalaman mereka menghadapi bencana banjir. Kami berbincang dan menulis surat bersama-sama. Yang berbeza adalah alamat dan tanda tangan dalam surat, content memang semua murid tulis benda yang sama...

Tonton Video Youtube

Sebelum menulis surat, saya paparkan video tentang bencana-bencana alam yang berlaku seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh, letusan gunung berapi dll. Aktiviti ini adalah untuk memberikan gambaran kepada murid-murid bagaimana mangsa menghadapi bencana alam.


Belajar format menulis surat tidak rasmi

Murid-murid juga diberikan penerangan tentang format surat tidak rasmi. Saya paparkan beberapa contoh surat tidak rasmi di skrin.

Menulis alamat pada sampul surat

Akhir sekali, murid-murid diminta untuk melengkapkan sampul surat dengan alamat masing-masing. Saya minta mereka tulis alamat sendiri dan serahkan sampul tersebut kepada murid yang akan menghantar surat kepada mereka. Rasionalnya, saya tak nak ada isu surat tak sampai, dan murid akan salahkan kawan-kawan kerana salah menulis alamat. Jadi, saya biarkan mereka tulis alamat mereka sendiri, in case kalau surat tak sampai-sampai bermakna ada la yang tak kena dengan alamat yang mereka tulis tu...


Mengepos surat 

Setelah selesai, saya minta murid-murid seal sampul surat, semak semula alamat dan kumpulkan kesemuanya untuk saya poskan di pejabat pos.

Masa diperuntukan untuk projek kali ini adalah lebih kurang 3 hari. Ambil masa agak lama kerana murid terlibat dengan aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Patutnya 2 hari dah boleh settle. Apa pun, saya sangat bersyukur kerana projek dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang dirancang. Kolaborasi dengan pihak Pos Malaysia dalam program #kirimanmerdeka adalah suatu yang tidak dirancang, saya anggap ia rezeki saya dan murid-murid!


Sekian sahaja perkongsian hari ini. Rasanya aktiviti ni bukan sahaja boleh dijalankan dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi dalam subjek Bahasa Malaysia juga... Boleh try ya! 😊

Budak-budak ni memang excited tunggu surat sampai kat rumah mereka... Hari-hari dorang update kat kawan-kawan... Cikgu pun excited, usahkan budak... Kann... Haha...

Nota kaki : "Orang yang hebat bukanlah orang yang mampu melihat kesalahan orang lain, tapi yang boleh melihat kesalahannya sendiri sebelum menyalahkan orang lain."

1 comment: