Booklet : Fun Activities For Kids - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 23 October 2018

Booklet : Fun Activities For Kids


Assalamualaikum semua.

Booklet ini telah dikongsikan oleh Teacher Najihah dari Sk Gembut, Kota Tinggi, Johor... Dah lama cikgu ni share bahan ni dengan saya, saya yang tak sempat nak up kan dalam blog. 

Saya dah tengok booklet 43 mukasurat ni, memang menarik! Ada macam-macam permainan bahasa dalam ni. Rasanya sesuai untuk digunakan dalam kelas sebagai aktiviti HIP mahupun dijadikan sebagai aktiviti selepas peperiksaan. Maklum sajalah, bila dah habis peperiksaan, akan ramai murid-murid yang tak hadir ke sekolah. Jadi mungkin dengan adanya booklet seperti ini dapat membantu menarik minat murid-murid untuk terus hadir ke sekolah sehingga hari terakhir persekolahan. 

Saya pernah jumpa booklet macam ni many years ago kat MPH. Mahal juga harganya. Buku aktiviti untuk travelling, macam tu la lebih kurang tajuknya. Kiranya anak-anak akan dapat mengisi masa sementara dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi. Buku macam ni sememangnya bagus sebab setiap aktiviti adalah ringkas dan murid dapat habiskan setiap aktiviti dalam masa yang singkat. Dengan design yang fancy dan menarik, saya yakin ramai murid akan menyukainya. Selain aktiviti individu, terdapat aktiviti yang boleh dijalankan secara berpasangan. 

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, boleh download dari link di bawah ya... Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu murid-murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang boleh meningkatkan IQ mereka. 


Nota kaki : Don't judge me if you don't know me. Don't judge my decisions if you don't know my reasons. Don't judge my life if you don't know my story.  

7 comments:

  1. Thank you, Cikgu Raihan. Permulaannya pada beberapa tahun yang lalu saya buat untuk anak2 saya. Create sndiri. Bila nmpak berjaya dan memberikan hasil, saya cuba pula dengan murid-murid saya cuma tak buat banyak mukasurat. sekadar untuk 2 minggu sahaja. Apabila menampakkan respon yang baik dari ibubapa, saya mula buat untuk cuti yang lama dan lebih menarik. Terima Kasih Cikgu Raihan. Moga memberikan manfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Thank you, Cikgu Raihan. Permulaannya pada beberapa tahun yang lalu saya buat untuk anak2 saya. Create sndiri. Bila nmpak berjaya dan memberikan hasil, saya cuba pula dengan murid-murid saya cuma tak buat banyak mukasurat. sekadar untuk 2 minggu sahaja. Apabila menampakkan respon yang baik dari ibubapa, saya mula buat untuk cuti yang lama dan lebih menarik. Terima Kasih Cikgu Raihan. Moga memberikan manfaat untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you teacher najihah kerana sudi berkongsi bahan bermanfaat ni dengan kami semua.

      Delete
  3. Tma ksih jgk..sgt brmnfaat bhan nih =)

    ReplyDelete
  4. Thank you Cikgu Raihan. Saya menggunakan bahan cikgu untuk mengajar kelas peralihan. Ia amat menarik dan menyeronokkan.

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu Raihan rasa ada cikgu share cara menulis abjad putus-putus dgn arrow cara menulis, boleh share semula tak

    ReplyDelete
  6. https://www.raihanjalaludin.com/2019/01/cara-untuk-menghasilkan-lembaran.html

    ReplyDelete