Pencapaian SK Rapat Jaya dalam Frogplay Championships 2018 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 30 November 2018

Pencapaian SK Rapat Jaya dalam Frogplay Championships 2018


Assalamualaikum...

Sekolah saya tidak terlepas dalam menyertai program yang dijalankan oleh Frog Asia iaitu Frogplay Championships tahun ini. Actually memang setiap kali ada program macam ni, saya memang akan daftarkan sekolah saya untuk sertai. Cuma sejujurnya saya tak mengkaji cara pemenang dipilih kerana bagi saya, saya lebih kepada nak menggalakkan murid dan guru di sekolah saya untuk menyertai dan menggunakan FrogVLE. Mereka join pun dah sangat bermakna dah untuk saya. Saya tidak target untuk menang. Saya ada juga dengar isu tentang pertandingan ni, ada yang main kotor. Hmm... no comment la. Saya tak ambil port sangat sebab saya masuk bukan untuk menang, lebih kepada nak cari experience je. LOL. Tapi bukan nak kata, memang ada sekolah yang memang bersungguh-sungguh pulun untuk menang and they deserve to win. 


My two cents, kalau kita bertanding, yang penting adalah kejujuran dan ketelusan. Integriti katanya... Huhu.. Saya lebih appreciate tengok murid saya betul-betul bersungguh join program ni kerana saya nampak kesungguhan mereka. Bukan dipaksa, terpaksa atau sebab nak menang semata-mata. Yes, tak dinafikan, hadiah merupakan motivasi untuk menang tapi kalau sampai kena menipu bagai, sorry, kalau menang sekalipun, ia tak memberi apa-apa makna kepada saya mahupun mereka. Kemenjadian mereka tu yang penting sebab kemenjadian mereka tulah yang akan mereka bawa sampai ke besar. Attitude! Latih mereka bertanding secara sihat. Kalau menang, rezeki... Kalau kalah, cuba lagi! Gitu... :)


Syukur alhamdulillah, ada juga seorang murid saya yang berjaya mendapat tempat ke-8 dalam peringkat daerah (kategori murid) dalam pertandingan Frog Championships Level Up Bahasa Inggeris. Macam tak sangka, sekolah saya juga dapat tempat ke-8 dalam pertandingan yang sama bagi kategori sekolah. Point takde la banyak mana pun tapi tulah, kalau dah rezeki kita, takkan kemana. Dalam saya selama ni dok memendam perasaan bilamana ada yang kecam saya kata saya ni anti FrogVLE, Allah berikan kemenangan ini. Kemenangan kecil setakat peringkat daerah je, tapi impaknya besar untuk saya yang diuji dengan kata-kata manusia. Saya dah maafkan cuma insiden saya dikecam secara terbuka sukar untuk saya lupakan. I prove you wrong! Serious... Anda dah tersilap judge saya. Mungkin mereka tak pernah baca modul-modul dan perkongsian saya tentang FrogVLE dari blog ni kot. Memang betullah, hanya Allah yang mampu menilai manusia sebaiknya dan seadilnya. Allahuakbar! 

Apa pun, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada murid-murid saya yang berjaya mendapat sijil pencapaian Lencana Emas dan Perak. Tak dilupa juga tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru di sekolah saya yang bersama-sama menjayakan program ini. Doakan yang baik-baik untuk saya ya. Thank you! 💓

Nota kaki : Kebahagiaan bukanlah di saat kita memiliki kesempurnaan, namun ketika kita dapat menerima ketidaksempurnaan dengan tulus dan ikhlas. 

No comments:

Post a Comment