English For Kids : Interactive Videos, Storybooks, Songs, Online Games - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 7 February 2019

English For Kids : Interactive Videos, Storybooks, Songs, Online Games


Assalamualaikum...

Hi gais! Hari ni saya nak share laman web yang menarik untuk digunakan dalam kelas mahupun dirumah bersama anak-anak... Sumber bacaan yang ringan, interaktif dan juga menarik dengan grafik yang cantik... Bukan budak je yang suka laman macam ni, cikgu macam saya pun sukaaaa. Colourful & ceria sesangat... I loiikeee!~ 


Untuk membaca buku cerita kanak-kanak yang interaktif, beranimasi, boleh replay (dengar semula ayat-ayat), boleh pause untuk berlatih membaca, boleh jadikan movie gak... Sila klik kat link ini... 



Yang ni pulak link untuk menonton video interaktif Nursery Rhymes dan Jazz Chants... Banyak weih... Ada yang tak pernah dengar pun ni... Huhu... Cuba try tengok...


Okay, next, ni link lagu-lagu Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak... Complete dengan lirik skali. So, kalau nak berlatih action song ke nyanyian ke, senang laa... Korang print lirik, edar kat murid... Pastu apa lagi, ON lagu, nyanyi la beramai-ramai... Haha...






Yang ni pulak online games yang bagi saya agak menarik la juga. Boleh pasang dalam kelas main ramai-ramai contohnya macam game DENTIST tu... Kalau main ramai-ramai rasanya memang happening! Hehe...





Yang terakhir ni adalah laman berbayar. Walau bagaimana pun, terdapat puluhan video cerita, lagu-lagu dan games percuma yang memang awesome... Grafik yang letupss, bewarna warni... Kanak-kanak pasti menyukainya! Yeahh!~ 


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti anda... :)

Nota kaki: Belajar diam dari banyaknya bicara... Belajar sabar dari sebuah kemarahan... Belajar kesusahan dari hidup senang... Belajar menangis dari suatu kebahagiaan... Belajar ikhlas dari kepedihan... Belajar tawakkal dari ujian... Belajar redha dari satu ketentuan... 

No comments:

Post a Comment