Tuisyen Online Percuma Untuk Semua Murid di Perak - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 26 April 2019

Tuisyen Online Percuma Untuk Semua Murid di Perak


Assalamualaikum...

Tahun lalu saya pernah berkongsi tentang benda yang sama, tuisyen online percuma untuk semua murid di negeri Perak. Tapi mereka dah buat penjenamaan semula. Terkini, aplikasi tersebut dikenali sebagai Perak E-Tuition yang dahulunya kita kenal sebagai Ezlearn2u. 😁

Apa itu Perak E-Tuition? 

Konsepnya sama sahaja dengan Ezlearn2u yang menawarkan tuisyen online secara percuma untuk semua murid dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5. Murid-murid boleh menonton pelbagai video berkaitan subjek yang dipelajari di sekolah. Video-video ini disediakan oleh guru-guru hebat dari seluruh negara. Ia merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Perak dalam menaja murid-murid untuk menerima tuisyen secara online dengan PERCUMA! 

Bagaimana murid dan guru boleh menonton video yang disediakan?

Setiap murid dan guru diberikan 1500 point. Setiap kali hendak menonton video yang dipilih, point akan ditolak mengikut video yang dipilih. Video yang telah 'dibeli' (guna point) boleh di ulang tonton sebanyak lapan kali untuk satu-satu video. Andai kata point telah habis diguna, pengguna boleh mendapatkan point tambahan dengan menghantar email kepada support@peraketuition.my Mereka akan topup point lagi, lagi dan lagi... Hehe... 

Mengapa murid-murid di negeri Perak patut menggunakan Perak E-Tuition?

Of coz pertama sebab ianya PERCUMA. Kedua, video dalam tu boleh dikatakan bagus, lengkap dengan penerangan, perkongsian tips, jalan kerja pengiraan dll...

Bila murid-murid boleh menggunakan Perak E-Tuiton?

Murid-murid boleh akses ke laman Perak E-Tuition pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja! 24/7

Apa yang diperlukan untuk mengakses laman Perak E-Tuition?

Murid-murid boleh menggunakan telefon pintar, tab atau pun komputer untuk menonton video dengan syarat mesti ada talian internet. 

Tutorial Login dan Penggunaan Perak E-Tuition (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)

***Memandangkan semuanya lebih kurang sama jer kat laman web tu, hanya jenama sahaja ditukar, jadi saya masih guna screenshot yang lama ya... Ikut je, semua sama. Cuma ezlearn2u.com dah tukar jadi peraketuition.my

Langkah 1

Sila ke laman www.peraketuition.my
Usename & Password : Nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-)


Langkah 2

Masukkan Username & Password Guru/Murid
(Usernama & Password adalah nombor kad pengenalan)

**Bagi guru-guru dan murid-murid yang baru pertama kali login, anda akan diminta untuk menukar katalaluan. Jadi sekiranya anda mahu mengekalkan kata laluan sedia ada, anda boleh menaipkan semula nombor kad pengenalan tu ye...

Langkah 3

Klik All Courses untuk menyemak course yang ditawarkan mengikut Kelas

Langkah 4
Tentukan kelas.

Langkah 5

Pilih video & boleh mula menonton.


Ada masalah dengan penggunaan Perak E-Tuition?

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah, boleh hubungi help desk mereka di support@peraketuition.my

KLIK ----- Post Lama saya berkaitan EZLEARN2U

Boleh share dengan ibubapa, murid-murid dan guru-guru yang ada kat Perak ni... Semoga bermanfaat!

Nota kaki : Surround yourself with positive people who will support you during your bad days, not just your good days.

No comments:

Post a comment