Cara Mudah Menghasilkan Digital Business Card - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 2 May 2019

Cara Mudah Menghasilkan Digital Business Card


Assalamualaikum semua...

Hai! Hari ni saya nak share cara bagaimana anda boleh menghasilkan Digital Business Card dengan mudah, cepat dan semestinya tanpa sebarang kos. Digital Business Card ni agak menarik juga kerana ia tersimpan dalam format Vcard (.vcf), jadi jika seseorang menerima business card dari anda, mereka boleh terus save kat Contact dalam handphone mereka. 

Pelbagai maklumat boleh dimasukkan ke dalam kad

Selain maklumat biasa seperti nama, nombor telefon dan email, anda juga boleh memasukkan peta lokasi (google maps) dan pelbagai maklumat lain contohnya Skype, Blog, Youtube, Facebook, Whatsapp, Twitter, Snapchat dll. Oh ya, anda juga boleh masukkan gambar. Senang orang nak kenal... Hehe... Caranya sangat mudah, rasanya boleh siap dalam tempoh kurang 5 minit... Senang jer!

Cara-caranya:-

1. Pergi ke laman 

https://www.qrstuff.com/

2. Pada Data Type, pilih DIGITAL BUSINESS CARD

3. Pada ruangan Content, Klik CREATE YOURS NOW

4. Masukkan semua maklumat yang berkaitan.



5. Klik SAVE

6. Digital Business Card sedia digunakan. Download Vcard atau share via email atau text message. Selain itu, anda juga boleh menyebarkan QR Code yang tersedia untuk memudahkan klien anda untuk mendapatkan maklumat.  Suruh dorang scan jerrr... Huhu...

Apa kelebihan Digital Business Card?

1. Percuma

2. Buat satu je, tapi boleh hantar kat ramai orang...

3. Mudah nak disediakan

4. Segala maklumat terpapar secara detail dan jelas

5. Link aktif. Boleh klik terus ke link-link berkaitan. Contohnya nak whatsapp, klik je kat icon whatsapp, nak location, klik je kat map tu... 

6. Boleh disimpan terus ke dalam telefon (format Vcard)

7. Paperless.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Sebarluas maklumat kepada yang memerlukan. Semoga bermanfaat!

Nota kaki : No one is 'too busy' in this world. It just depends what number you are on their priority list. You're just not important enough. That's it! Huahaha... Bertabahlah kita! 😂

No comments:

Post a Comment